Thursday, April 29, 2004

Norishszyani Amylia Ahmad - Anak kecil berusia 2 tahun yang meninggal baru2 ni kerana disyaki didera. Kes masih dlm siasatan polis.
Hati aku tersentuh :(, berlinangan air mata kerana kanak-kanak sekecil itu menjadi mangsa dera orang yang hilang perikemanusiaan. Aku ni pun penyedih orangnya.... teringat kat anak sendiri. Bagaimanakah kesengsaraan yang ditanggung oleh anak itu sehingga menemui ajalnya? Dari rentetan peristiwa yang dilaporkan di akhbar, anak tersebut berubah dari periang kepada pendiam dan muram setelah tinggal dengan keluarganya... sebelum itu dia dibela oleh neneknya di Kelantan. Wajah yang comel mampu menagih simpati dan kasih sesiapa sahaja namun makhluk durjana sanggup menyeksa hingga tercabut nyawa...ooohhhh....uhuk!uhuk!

abang + baby, mama will always love both of you!

Wednesday, April 28, 2004

i'm trying to be more lenient wif abang.. coz most of the time i got so angry, screaming at him and he will stare back looking so confused. mama so sorry sayang.. thanks to www.babycentre.com for helping me understand kids behaviour. am improved much. so petang ni kalau tak hujan i want to let him out with me in da garden.
need to buy sunblock and few more things for our trip to LGK. Abah still have the intention to go by bus, mak mentua says he was planning to brings his other cucu yang tak pergi, so tak ada air ticket then he naik bas. abah ni memang lah... adik ipar aku yang sorang lagi tu pun satu. kitorang SEMUA pergi trip nih, dia awal2 lagi tak nak pergi sebab ANAK dia. Both boys, age 5 & 2. alasan dia anak dia yang kecik tu susah nak jaga and banyak kerenah. aku kesiankan anak dia yg sulong tu, yela budak dah besar and then everybody pergi seronok2, dia terperap kat umah dgn mak dia. adik ipar aku ni memang semacam sket, ade darah tinggi pulak (dia muda dari aku), cepat tension and tak sabar pun ye. laki dia marah anak pun darah dia mendidih. Pelik tol. Last time balik dr melaka dia naik wira, aku naik keta aku and orang kg lain naik bas, berhenti kat air hitam tu pun dia hangin, soh balik cepat. ee pompuan nih...

Tuesday, April 27, 2004

menghitung hari nak gi LGK. Gotta buy flat shoe kalau tak terkehel pinggang aku nak dokong baby yang beratnya 15 kg kat KLIA tu. ingat nak gi jusco lunch hr tadi tapi tak sempat la pulak. jumaat ni lak ada event besar, minister datang, aku hi hi bye bye ler kat staf aku . naik air asia tak leh nak adjust, kang aku lak kena bayar satu kepala RM50. kalau 8 orang dah berapa tak kuasa bagi ler kat orang lain sesekali merasa betapa teruknye kerja aku nih ehehekkk!
hubby dah balik last monday, sampai kol 3.00 am, so on monday bawak kids jalan2 dgn papa diorang. kesian anak2 aku satu minggu tak menatap wajah papa dia. so, we went to carousel ride.. abang + baby was so happy giggles kan main. haiii..anak2ku sumber kebahagiaan di kala duka wajah kembali ceria, dan terlupa seketika cerita lara .. mama loves you!
nengok NONA ade slot citer pasal jalan surabaya yang ada jual barang2 antik.. aduhai gerrrram betul aku nengok. lepas langkawi ni bolehler aku propose kat hubby gi BALI ke apa ... errkk nak surabaya ke Bali nih??

Wednesday, April 21, 2004

it was a long nite without him by my side..by OUR side actually. abang tanya papa mana and baby waits for him return from work as usual. well, memang dah lama papa tak outstation then bila on duty sampai seminggu ni anak2 aku surely buat perangai.. the mother pun 2X5.. aaa sejuk katil cam gini ahahahha
ok my nursery fren dah hantar 15 pokok bunga kertas (charge RM50) so tinggal adik ipar aku jek ntah bila masa dia nak datang umah aku nak tanam pokok2 tu. Nak harapkan aku mak aih patah pinggang mak cik oi! Kawan aku yang nak baiki perabot pun ntah lorinya tak nampak bayang lagi, dah serabot beranda tu + dapur aku dgn barang2 yg tak siap.
i have no idea nak buat decor apa, coz rite now kena batuk2 yang amat menyakitkan hati dan tekak aku. Sok ada event, MC lom confirm. Secretariat soh aku lak..ayoo dahle aku batuk2 , kawan2 yg boleh diharap pon kena selsema + batuk + ade tugas lain. Lantakler, batuk pon batukler.....malam ni nak gi jumpa agen keta, nak tukar keta baru... kalau jadi merasa le aku memiliki waja auto 1.6. itu je la yg mampu. berangan nak MAtrix tapi lom ade rezki nampaknye. geram tol bila nampak MATRIX beraksi di jalan raya ceh! ade skali tu aku park seblah matrix, aiseh telan air liur jehh.. laki aku pun kata kiut but not his taste lor macam ler waja tu taste aku tapi aritu bila dia tanya;
PA: Kalau kita beli waja je boleh ma?
MA: ikut jek. awak yg kuar duit.
PA: yela tanya je kang takut ma tak suka
MA: kalau dah itu suratannya kita pakai WAJA, redha je.
PA: adui jawapan berunsur keimanan yg tinggi bukan main
MA: :)

hmm berdasarkan jawapan aku tu, analisisnya sah ler org pompuan ni kalau dia kata sesuatus, memang ada sesuatu yg lain disebalik makna jawapan yg dituturkannya..... apa susah no ke aku ni nak cakap tak suka?
i TRIED! buktinya pagi tadi :
MA : agen keta kata yg available WAJA kaler hijau gelap. Pls lah kaler tu can you imagine kita drive keta kaler hijau "pileq" (bahasa Jawa nih)
PA: ala ma tryler neg dgn org tu kot ade kaler lain
Ma: ye la

k, gitu ler perbualan ku di pagi hari bersama suamiku yg macho (pada pandangan mataku ini)


Tuesday, April 20, 2004

and now he's gone to KL, start thinking of ways to surprise him when he bakkk... dig dig my piggy bank lor!.. no hal hubby nye pasal everything i do i do it for you

semalam balik umah sakit kaki + sakit belakang. eventhou mild je but serik aku nak pakai heel tu gi keja. gi dinner / jemputan kawen bleh lar.
dah dapat passsport a/bangsa yey yey pas ni leh gi jenjalan oversea!

Monday, April 19, 2004

a clipping from utusan malaysia online - today:
Apa salahnya melindungi mereka
Redup pandangan mata bayi comel itu meruntun pilu hatinya dan kala dilepaskan pelukan, renungannya semakin pilu seperti ada air jernih yang bertakung, seolah-olah mohon simpati agar dirinya usah disisih.

Dicekalkan hati meninggalkan bayi yang tidak berkedip merenung, tetapi langkahnya longlai dan tidak bermaya, sifat keibuan yang dikurniakan Tuhan cukup menebal.

Norlina Alawi, 34, membulatkan tekad memeluk erat dan mahu memelihara anak itu dengan penuh kehangatan kasih seorang ibu sejati.

Walaupun sesetengah masyarakat masih mempunyai stigma terhadap pembawa virus HIV dan pesakit AIDS, hati Lina tidak berganjak daripada keputusan.

``Umur Iman tiga bulan saya disahkan hamil dan syukur akhirnya dapat juga dia merasai susu ibu apabila Sofea, anak saya ke enam dilahirkan,'' katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Nirwana, Ampang baru-baru ini.

Lina boleh memilih tidak mengendahkan Iman, biarkan bayi kecil itu dengan nasibnya. Sedangkan dia boleh meneruskan hidup bahagia di samping enam anak-anak dan suami dan terus menjalankan perniagaan katering miliknya.

Tahun lepas, sekali lagi hatinya yang cukup sensitif dengan penderitaan anak-anak HIV dan AIDS telah diuji.

``Muhammad Ameer Redzuan, 7, merupakan anak hasil perkahwinan ibunya dengan pembawa virus HIV. Sebelum berkahwin kedua-duanya penagih dadah dan ketika Ameer berumur tujuh bulan, ayahnya meninggal akibat AIDS.

Menurut Lina, Ameer hidup dalam ketakutan dan trauma kerana sering didera dan hidup merempat dengan menjual tin kosong mencari sesuap nasi.

Hasil dua perkahwinan, ibunya mempunyai enam anak namun pada tahun lepas ayah tiri meninggal akibat AIDS. Selepas dua bulan, ibunya pula menyusul dalam usia 32 tahun.

``Anak-anak bertabur menagih simpati saudara mara terdekat tetapi kedua-dua anak lelaki, Ameer dan adiknya Muhammad Nurhamezan, 4, tidak sanggup dipelihara oleh sesiapa pun,'' katanya simpati

``Sejak tinggal bersama, mereka lebih ceria dan bersemangat meneruskan hidup jika dibandingkan ketika awal dahulu sering ketakutan dan dibayangi dengan penderaan dan kesempitan hidup,''katanya yang kini dalam pengesahan jawatan sebagai Penaja Ketua Cawangan UMNO Taman Desa Aman, Cheras.

Selepas memperolehi sembilan anak termasuk enam anaknya sendiri, ibu muda ini mula merencana masa depan yang lebih cerah buat anak-anak kepada pesakit AIDS.

Pada 17 Mac lepas beliau menerima pengesahan penubuhan Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman, Malaysia (PERNIM).

``Tujuan penubuhan ini memberi perlindungan kepada kanak-kanak pembawa virus HIV dan AIDS memandangkan jumlah mereka yang semakin bertambah dan disingkir oleh sebahagian masyarakat,'' katanya.

Kata Lina, kumpulan kanak-kanak itu tidak berdosa untuk dihukum atas kesalahan yang tidak dilakukan sebaliknya mereka berhak mendapat perlindungan dan kasih sayang daripada masyarakat Malaysia yang amat prihatin dengan kesusahan hidup orang lain.

``Persatuan kini sedang mengumpul dana untuk memiliki rumah sendiri bagi menempatkan dan memelihara anak-anak ini menjalani kehidupan normal, di samping kemudahan lain seperti kenderaan untuk memudahkan mereka ke sekolah.

``Jika ada pihak-pihak tertentu yang mahu menjadikan mereka ``anak angkat'' ia amat dialu-alukan kerana pada masa ini permintaan untuk menempatkan anak-anak yang senasib dengan Iman semakin bertambah,'' katanya yang juga merupakan Yang Di Pertua Persatuan.

Menurut Lina, pusat perlindungan itu akan berfungsi seperti rumah perlindungan yang lain khusus untuk memberi harapan dan sinar baru kepada anak-anak pesakit HIV dan AIDS di negara ini tanpa menghadkan bilangan.

``Jika persatuan mendapat kerjasama daripada orang ramai dan badan-badan tertentu, operasi akan lebih cepat dijalankan. Impian saya mahu menjadikan mereka sebuah keluarga besar dan mencurah kasih sayang sepenuhnya. Mereka boleh panggil saya mama sampai bila-bila kerana sememangnya mereka adalah anak-anak saya di dunia dan akhirat,'' katanya menyeka air mata.

Kepada insan prihatin yang ingin menyumbang kepada PERNIM, hubungi 013-3580595 bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenainya.



sok papa flight 6.30 am. will be back on 25 April. Sigh... lama tuhhh..

kat lampu merah tadi, apabila dah bertukar hijau, kancil merah depan aku tak jalan. the first two second aku tunggu. next second aku menghon dgn cutenye, ala-ala kambing telan julap pelan jek. then tak jalan jugak so hon kuat sikit, masih tak gerak so aku bagi signal ke kiri, in a split second lak otak aku mengandaikan orang tu sakit jantung and pengsan lantas "i wanna be good citizen meh!" kononnya nak tengok dia and call ambulan tup-tup aku nampak paler mamat tu tegak and baru keta dia jalan..cehhh tido gamaknyer!!!??..misteri di trafik light heheh


gi keja pakai kasut baru. ngada sangat apasalla aku gatal beli heel 3 inci dah tu tumit tajam cam batang lidi. terkial2 aku naik tangga parking dah tu tercucuk kat tanah. masa nak gi short briefing anak buah aku lak cakap "boss lawa kasut? alamak dia nampak kasut aku memang lawa ke atau dia nampak aku jalan simpang siur?



Wednesday, April 14, 2004

today meeting dgn boss. semua pegawai telah diberi teguran yang membina tapi amat memedihkan telinga... so, lepas ni kena take note apa yang boss pesan, teguran yg sukar sekali untuk diterima tapi itulah kenyataannya apabila ada teguran ke atas kelemahan kita, yg selama ini kita tak sedar sebab berada dlm comfort zone, kerana kawan2 tak sampai hati nak beritau kita, kerana selama ini tak cukup muhasabah diri, kerana selama ini kita cas bagus jekk and perlekehkan orang lain, atau sudah lupa akta kerahsiaan dan keselamatan dalam negeri .. well of course le rasa gloomy muram durja oh itu rupanya selama ini yg aku lakukan, tak sedar ia berlaku hinggakan orang lain pandang buruk kat kita, merosakkan reputasi dek kerana benda2 kecil..

oh semoga Allah memberiku kekuatan untuk memperbetulkan kelemahan dan kembali bangkit menjalur gemilangkan reputasi & integriti aku yg sedikit tercalar. Aminnn

Tuesday, April 13, 2004

teringin nak link kat Mat Jan nyer blog.. tapi aku masih tergaru2 paler nak study tutorial nak buh link.. arkkk!!!

citer pasal reading other's blog, aku baca gak gay nyer blog. pelik? agaknye kalau kengkawan aku tahu, maybe diorang kata - kau apsal buang tebiat ker? or they might say eeee sanggup kau baca citer gay / nyah diorang tu? or might be haa kau ni nak cari citer lucah ni kan?.. so? suka ah aku nak baca apa. aku tahu diorang tu pun cakap jer lebih, walhal baca gak or curik2 surf nak baca. kat blog diorang tu bukannye 100 persen citer sex jer, ade info itu ini, filem, poll, memorandum (kat blog NZ ade muka irene fernandez) etc etc.

tapi syok apa baca citer sex nih... hahahahahahha!

but, take it the halal + holy (yes, HOLY) way la (from the perspective of Islam of course, i'm a muslim). These people knows about dosa and pahala, they clearly have in mind apa yg diharamkan oleh agama, macam orang tinggalkan puasa / sembahyang.. tahu berdosa tapi buat gak.. or tak tutup aurat tapi carry on mendedahkannya...
aku dah kawen kalau baca citer sebegitu boleh gak mempraktikkannya kahkahkah! mmmm... apa beza citer tentang seks dgn citer lucah? kenapa sesebuah tulisan itu dikategorikan sebagai lucah? adakah lucah apabila pendokong watak dalam apa yg dituliskan itu melakukan seks di luar batas agama atau ikatan pernikahan? lalu kalau dalam ikatan pernikahan itu, dipanggil persetubuhan itu tak pulak dikata lucah? adakah lucah apabila didedahkan kpd public?
banyak no soalan nanti ah tanya kat laki aku.

sape2 yg accidentally terbaca blog ni memang ...ntahle tak tau apa yg korang fikir...

(hubby - malam tadi memang best, sebab tu ler terbawa2 dlm blog nih)

rupanya orang2 kampungku menghitung hari nak pegi langkawi ni. one of my neighbour siap pangkah tarikh kat calendar, and counting 21 more days to go, 20.. 19.. my parents in law, especially abah, dah digossipkan oleh jiran2 sebab abah ni memang one kind sikit, the other day i spotted him looking up at kapal terbang di ruang udara rumah kami (hehe cam bagus je bunyi). then he said to his wife - Yah, cuba kau tengok tu, kok besi berat, boleh terbang! The wife also lah, start imagining thing like - mak takut la nanti masa nak naik dengan masa nak turun rasa nak jatuh, sakit perut (read - butterfly in the perut !). MY PARENT ? - cool as ever. diorang dah penah gi haji, so senang sikit no need to explain things. dad pun masa muda2 dah gi brunei.

hari ini aku rasa tenang. flight ticket dah settle, at last balik on 4 May from alor setar. tak pelah boleh ajak org tua gi Che Det Walk Pekan Rabu. flight + for 8 pax RM1266/= super saver fare and senior citizen + children fare. hotel kat alor setar pun cari yg murah jek, just 4 one night, Grand Cont shud be ok. nampak gaya shopping sakan ler kat langkawi... nak beli apa? coz nak make up peristiwa yg terjadi masa second honeymoon, our favourite gambar me + hubby kat cabel car tertinggal kat airport, and he regret it till hari ni coz dia yg tercicir kan bendalah tu. can still remember how gloomy he look.. blame it on Air Asia.. nak rebut seat punyer pasal gelabah semua. So kiasu one dat time..

Monday, April 12, 2004

still trying to settle the flight for our holi holiday grrr tak aman makmur aku nak bertugas heh!

still trying to contact the agent at 1300##. kalau tak dapat gak, terpaksa le kitorang balik on the 4th and fly from Alor Star. kan dah satu keja. nasib baik le May ada cuti banyak.

Pak ngah datang lagi, hantar meja makan. Mahogany table yg sepatutnya dihantar kepadaku (match dgn kerusi2 dulu) dah tak tau mana peginya, so dia bagi aku oval dining table + glass utk alas dia. teak wood. kaki meja tu ada 2, punyelah besar + berat. agaknyer kalau dia tak bagi aku bebenda ni sume, ntah tahun bile le aku nak merasa makai perabot2 kayu mahal nih. dia letak kat verandah umah aku tu, ade rangka katil. memang lawo giler ukiran headboard dia. berat nak mampos... aku dah sakan lompat2 gumbira ingatkan tu pun dia nak bagi.. laaa..dia nak tumpang dulu kat umah aku, sementara tunggu rumah dia kat kampung seblah tu siap.. alaaaa...

hubby training soccer seminggu ni, start this morning. next week temasya sukan kat KL. good luck captain! after that we gonna menikmati cuti2 malaysia. to LANGKAWI we go!! RM200 per head, 2 malam kat condo istana. they go back on 3rd May , we fly back on 4th. i'm fortunate to have the oppurtunity + ($) to bring my parents, + parents in law in this trip pegi balik fly. Hubby naik bas dgn orang lain. bayangkan le naik bas dgn anak2 aku nih. 12 jam.... oh dear. orang lain tu adela bawak anak tapi dah besar. that's why i chose to fly, bukan show off tapi it's better that way. at least nak hilangkan fobia pak mentua aku nih - takut naik kapal terbang!... (to be continued lar...)

Saturday, April 10, 2004

pagi2 dah buat orang marah lah! semalam talipon tak angkat. 3 kali tepon, bila engaged jek maka aku pun lupelah, yela orang sibuk buat kija kan...

ade ke patut kensel flight aku? tapi i don't mind if it was my mistake. ni tak, agen tak cakap pun benda ni boleh expired and soonest akan diberi kpd org waiting list. cansel / expired gitu jek ker??? geram geram GERAM NIH!!.. suruh gi menara pelangi on 8 april, aku gi opis kosong maa.. kan 8 april public holiday kat Darul Takzim ni? then why in the first place you never tell us that, we can get the ticket at senai airport?
waiting list? call back on monday? you better do something... i nak travel 7 orang tau tak? 5 adult 1 toddler + a baby.. oo crazy lah! jammed otak aku lah..

aku memang red hot chilli pepper arini.. rasanya kepala aku ni ada api membara macam katun jaki jipang kalau dia marah kat dlm komik GILA-GILA tu agaknyer.. ;E

very der disturbing behaviour aku dibuatnyer.

astaghafirullahhh..

Friday, April 09, 2004

what soccer fans call each other :

1. liverpool fans - LIVE A FOOL
2. Man U fans - Red Devil
3. .........(this one i forgot wat team wat name)....
4 Arsenal fans - arse anal... kikikikikikikkikikikiki!!!!!

Source - radio 4 - Big Breakfast - scam boy + green man (crazy couple!)

Scam boy + green man..hehe..crazy DJ couple on earth i guess.. They surely put big smile on my face everytime i tuned in to Radio 4. But never had the chance to listen till end coz gotta punch in b4 8.00 am.

Smalam aku tanam ubi..baru tanam 4 batang dah serender, sakit pinggang oo.. then papa kata - ala ma, papa tak tanam ubi pun dapat makan ubi.

oooo! like dat aaa, mama pun tak tanam pokok pelam, pokok pulasan, pokok rambutan, pun dapat makan pelam, pulasan +rambutan. then gi lah cabut pokok2 yg awak tanam tuuu...

pa sengih cam kerang busukk!! berjaya mengenakan pa di petang2 hari gitu.
kawan aku ni, dah ditunggu 2-3 hari tak datang. nak ukur tempat duduk set kerusi meja makan mahagony yg aku dapat FREE from pak ngah. e owang melayu ni kengkadang gitu le. nak dibagi bisnes dilambat2kan pulak. pakkal jek kenal, tapi dgn dia ni memang hasil kejanya memuaskan, and aku leh dapat murah dgn dia nih.

2-3 hari ni sekali lagi aku dilanda pening kepala. mikir kan design rumah aku yg akan "disambung".. pelik no bunyi "disambung" tapi tule hakikatnye. mostly org melayu + duduk kat kampung selalu ler buat benda ni. tanah ada, so from time to time kalau ada modal mulalah gatal nak sorong sana, sambung sini, pecah sana sini. yg laki aku ni pulak, dari dulu aku dah kata, buat le plan induk rumah besor mana awak nak, then kalau nak buat sikit2 pun i don't mind as long as the master plan is there.

mana pening nak mikir tile apa nak pasang, kaler nak cat, lampu jenis apa, power point kat ner.. aiyahhh... even it's only 30 X 20 ft pun, ruang tu nak dijadikan ruang tamu formal. yelah, kot kenduri kendara kat situ le, org meluahkan masalah ke kan.. semalam jek dah datang lagi this lady mintak nasihat cam ner nak cerai...kesian dia..

wokehlah, gotta look wat's bertimbun in my "IN" tray.. ade projek buat pamplet ni pun lom selesai lagik ...

Wednesday, April 07, 2004

happy belated birthday to baby..terlambat pulak..the cake was nice, the food was good, and the gathering is sooooo noisy with five kids in the house...papa bought baby a cute gold bracelet, which cost him Rm350. That surprise me,..coz i'm not into things like that, like my mother in law - "belikan le anak kau barang kemas...anak pompuan...." ...emm..earing tu pun aku belikan coz pak mentua yg sibuk sangat suruh cucu dia tu tindik telinga. sekali lak papa pulak belikan baby yeee??

rite now am looking for insuran pendidikan for her...nak open an account so duit raya ke duit sape2 bagi tu leh le bank in..ni tak, bank in kat aku jek selamat duit tu kang... althought i spent most of it to buy their things - pampers, milk, cloth bla bla bla

forgot to water my pokok2 bunga this morning. at a glance, dah nampak le 2-3 pasu nak layu.. esok public holiday kat sini..birthday sultan. so, boleh le aku berjalan2 ke nursery.

my boss dah balik from oversea nampaknye sedang mengdistributekan cokelat..ok, shall report to boss now tentang peristiwa2 sensasi alaf ini sepanjang dia tak de kat opis nih..biaselar, boss tak de aku le balaci yg tukang segala benda, nak mengadu sket pasal ade la benda nih ehehhe...

Tuesday, April 06, 2004

well well well..after some time..after reading other people's blog, now i have the courage to start my own... perhaps because i found out that while writing in this blog (one you call your own), i can share it with anyone who wants to read it,.. without being recognize by them.. yela kang tulis pasal citer sensitip tak pasal plak kena hempuk kang naya jer. hm ade ke orang nak baca blog aku nih? hahahah..anyway, i didn't write to satisfy them..blog ini untuk aku...so, apsal lak aku nak risau orang baca ke tak baca.. laa dahtu apsal aku klik kat "public" masa register tadi..sungguh cendikiawan betull..

anyway, welkam to myself...jgn le lepas ni malas polak nak coretcoret..tajuk pun cam minah jiwang gitu kan..takpe, kot dapat idea lain nanti gi tukar le.

well...hubby is going to KL for few days...kena tinggal lagi ngan baby + abang..nak buat apa to surprise him?.. quite few times hubby cakap, "saya suka bila saya outstation, nanti bila balik, mama mesti ada surprise for papa"
actually lambat lagi..dia gi on 21 april nanti.

ye laaa..mana taknyer, mama boring sakan kena tinggal, so buat le sesuatu kann...but best gak, sebelum ni, aku surprisekan dia buat decor kat our master bedroom...or put up a new curtain... bought a new lingerie..ermmm wat else yg aku dah buat..aaaa buat flower arrangement..., garden kat pintu pintu masuk..semua dia puji...(ikhlas ke ha? - eh mustila!) termasuk le aku beli almari berharga RM1200, then bill dia kena bayor kah kah kah...

ermmm...i love u so much dear.. tak sabar nak balik dah ni...

testing... betul ke nihh??