Thursday, April 29, 2004

Norishszyani Amylia Ahmad - Anak kecil berusia 2 tahun yang meninggal baru2 ni kerana disyaki didera. Kes masih dlm siasatan polis.
Hati aku tersentuh :(, berlinangan air mata kerana kanak-kanak sekecil itu menjadi mangsa dera orang yang hilang perikemanusiaan. Aku ni pun penyedih orangnya.... teringat kat anak sendiri. Bagaimanakah kesengsaraan yang ditanggung oleh anak itu sehingga menemui ajalnya? Dari rentetan peristiwa yang dilaporkan di akhbar, anak tersebut berubah dari periang kepada pendiam dan muram setelah tinggal dengan keluarganya... sebelum itu dia dibela oleh neneknya di Kelantan. Wajah yang comel mampu menagih simpati dan kasih sesiapa sahaja namun makhluk durjana sanggup menyeksa hingga tercabut nyawa...ooohhhh....uhuk!uhuk!

abang + baby, mama will always love both of you!