Friday, January 27, 2006

takkan kutahu apa yang berada di fikiran mu dulu, kini dan selepas ini
watakmu yang ceria mengundang tawa
walau ada kalanya agak sinis, namun ku tak pernah benci
tika itu, bedanya kau dan aku
manusia kota yang pintar, bergaya, remaja yang lengkap materialnya
tak terbanding aku yang hamis, curiga, datang dari lubuk berlumpur.
jakun dan kaget pada segala disekelilingku!

kreatif dan apa-apa saja
ingat lagi betapa cemburu melihat jemarimu
menarikan krayon dan pensil-pensil berwarna
nah, cantiknya wajah scrap book itu
dengan tampalan Martika - Toy Soldier
atau mungkin Tommy Page - A Shoulder To Cry On?
treble klef dan nota lagu
carikan-carikan huruf dan corak pelbagai
hitam, merah, kuning, ungu
hebat dan berbakat
dan kami menghujani dengan pujian....

takkan kutahu apa yang berada di fikiran mu dulu, kini dan selepas ini
mari kesemua kita selami diri, hidup yang fana hasilnya apa?
buang rasa curiga
maruah yang tercalar, takkan selamanya menyembah bumi
untuk berapa lama lagi kau harus begitu?

krayon dan pensil-pensil berwarna
sentiasa di jemarimu
serikan hidupmu dengan kata-kata wangi
dan senyum remajamu yang manis
bukan sekadar doa di kejauhan
hadapilah kata-kata nista
kerana mereka sebenarnya tidak tahu udara apa yang kau hirup...

benarkah kata-kata nista mereka?
atau kau sebenarnya hanya terleka sebentar
lantas ragu dan wasangka untuk kembali ke tempat kau bermula?


takkan kutahu apa yang berada di fikiran mu dulu, kini dan selepas ini....


Selamat Tahun Baru 1427.
Dari aku.
Salam penuh kasih sayang dari kejauhan.

Tuesday, January 24, 2006

've been away attending a 3 day TOT course.
will update sooner. rite now tengah bercakar harimau...eeehhh bersilat gayung membereskan kerja2 selama aku tadak kat opis...

I'LL BE BAKKK!

Tuesday, January 17, 2006

my weekend was spent attending the homestay meeting in the morning and tabika AGM in the afternoon. was appointed as one of the AJK for the tabika. about the homestay, 30 families will be a host for a 160 japanese teenagers. will come for very-very short visit from 10.30 am - 1.45 pm (and yet the agent call it homestay? apendeee ah!). nyway, dapat anak angkat Jepun nanti on the 2nd february.

this is the first time ever my direct involvement in the kampung activities. all because hakim now in tabika, so i must contribute what i can, if not all those bigmouth will bla bla bla dia tu kan bla bla tak campur orang bla bla tak peduli anak skolah bla bla bla.. talk about value? ceh!

Wednesday, January 11, 2006

memang terlintas di kotak fikir aku ni, yang hubby akan pergi meninggalkan kami raya haji yg baru lepas ni. dia sakit 3-4 hari tak mo makan, panas macam hapa tak kebah2, kerja aku hantar dia gi balik klinik (tak mo gi spital), gigil siang malam dan mengerang2. nampak gak mulut dia terkumat-kamit. no, bukan denggi. keracunan, jangkitan kuman....eeeihhh...

kekawan dia suspen, datang ke rumah pun bukannya hubby sedar. nak angkat gi puteri specialist. tak jadi. dua orang urut dia, baru okeh. demam urat. terpranjat agaknyer sebab sakan main badminton. cirit-birit pulak. langsung dehydrated. flat.

hari ni baru okeh, sambung MC. aku pergi keja dengan hati yang tidak gembira. :(. sendiri rasa mau demam.

Friday, January 06, 2006

semalam VC tamat tempoh. thank you datuk, all the best.
akim gi skolah pakai baju melayu ari ni. bawak buku latihan kotak besar.
JUSCO Tebrau kini dibuka. nak pergi lupa jalan balik.
asyik belek buku manik rosita jaafar yang MPH hantar semalam.
nyaris kena langgar kat persimpangan lampu isyarat, kerana Stream yang bengong.
malam tadi black out.
continue fikir nak kemas dan decorate opis yang tak semenggah ini..
nak jadi jutawan macam azizi ali
next sem kena ajar subjek ko-Q
aku blom bayar cukai......

Thursday, January 05, 2006

batuk dan selsema.





feel so terok.

Wednesday, January 04, 2006

semalam ku bercuti. sebab muhammad imran hakim melangkah ke alam baru - sekolah tadika! kuyakin, seperti mana ibu-ibu dan bapa-bapa yang kulihat menghantar anak mereka pada pagi itu, perasaan bercampur baur. dah besar rupanya anakku, dah masuk sekolah (tadika). hakim selamba rock je kutengok. sebab erin sepupu dia pun masuk tumpang dalam kelas yang sama. mak erin lak tukang masak kat tadika tu. me no worry at all.

duduk je kat kerusi tadika yang kemetot tu, dia kuarkan kaler dan buku mewarna power rangers ... cool jek sambil kaler and bual2 dgn kekawan dia. setengah jam je kutunggu pastu aku balik sebab laila dah start nak botol susu.

balik kol 11.30, becok mulutnya citer itu ini. antaranya,

ma tadi kan ada kawan akim tu dia tidooo je. orang kejut suruh bangun pun dia tido jugak.

ada budak tu kan, dia main dekat luar, dia baring2 atas tanah. cikgu suruh masuk tapi dia tak nak.

tadi makan nasik lemak. abang makan dua (sudu) je.

tapi tadi boring sebab ramai sangat orang.

i'm so happy, sebab keyakinan menjadi nyata, so as a treat, ku bawak anak-anak gi Mc Donald kat Petronas Tampoi, langsung ke Giant beli suar skolah dia pulak.

hari ini dia pi skolah sendiri naik keta dgn Pak Uda dia then balik naik bas. Nenek dia tunggu depan rumah. may God Bless u my child!