Monday, January 31, 2005

the big day has passed. keseluruhannya memang menyeronokkan dan berjalan lancar. cuma i'can't believe that i actually stay up late and balik rumah kol satu pagi semata2 nak menyiapkan skrip majlis, masa tu everybody dlm komitee dah macam kayu. kirekan aku ni penyelamat la eh? bila mata dah cam gitu fatigue plus jemu muak everything, memang ler kesilapan di mana-mana. tapi takde la major sangat.

TETAPI, dari segi emosinya, aku tetap terganggu, bukan sekarang ni aja, in fact sejak lama dulu terganggu. setiap kali assignment yang ada muka dia tu, aku memang tido termimpi2 kan dia. instinct aku kuat merasakan yang dia memang amat membencikan aku, sebab mengecewakan dan menghancurkan cinta dan harapannya padaku. menipu? mungkin juga. aku masih sayang padanya? kalaupun aku masih sayang, kasih sayang itu tak dapat menandingi cinta yang tak berbelah bagi untuk keluargaku ini, suamiyang melindungi dan anak2 yang amat membahagiakan.

namun hati nakal masih berkata, dia masih ada sekelumit kasih padaku, dan atas itu sebab dia sering mengelak jika kami ditugaskan bersama, malah hendak masuk ke pejabatku pun dia tak mahu. dia benar2 menghindari. kami orang asing yang tidak pernah mengenali, mengasihi sebelum ini.

aku tidak tahu, dan tidak perlu tahu keadaannya, yang penting aku harus kuat agar perasaanku padanya lenyap, aku tidak ingin mimpi pahit itu mengganggu tidurku, yang kadangkala sukar sekali kurasa utk mengelak, kerna mungkin di fikiran bawah sedarku, aku masih mengharap kasihnya, masih mengharap peluang untukku meminta maaf dan mendengar sendiri pengampunan dari bibirnya!

ooohhhh......

Thursday, January 20, 2005

opis aku memang selalu buat kerja last minutes. nak anjur event besar melibatkan kerabat diraja pun bagi notis seminggu jek gitu. katun betul. so seminggu dua aku memang macam nak pecah kepala meeting pagi ke petang dahtu blur nak buat tindakan yang mana dulu, entah bila masa nak take action. last nite macam kena migrain aku dibuatnyer, lepas maghrib terus tido sampai kul 10 lebih, bangun jap moinum air pastu tido balik. anak aku pun tidor kul satu satu mak dia dah terbongkang dulu.
this morning dah ok, cuma malas betul nak bangun mandi gosok baju, rasa cam amek MC. pakkal jek ada pulak taklimat utk pegawai, cess takkan ler aku kat PR ni tak menonjolkan muka ku yang cantek nih. memang glamer aku ni and dalam banyak hal memang orang cari aku, walaupun sebenornya yang patut mjalankan tugas2 sebegitu adelah boss aku si pompuan gemok tuh!
mak aku pepagi dah tepon tanya bila nak balik raya aji. citer pasal raya ni pepagi tadi jugak kat umah aku ala-ala perang dingin dgn laki aku, nak balik ari ni ke esok ke nak tidor rumah mak ke tak ke.. isk isk sape kata kalau laki bini satu daerah tak bergadoh nak balik raya.. sabor jek lah! maybe aku drive sendiri bawak budak2 balik kampung, petang ni atau awal pagi esok.
dalam banyak2 hal yg agak membebankan kepala otak aku ni, ada gak yg menggumbirakan hati aku, iaitu baju sutera batik kebaya yg aku tempah dah siap, kaler merah kuning. oklah tu, cuma takde kasut and tudung matching jek. tengokler kalau free lepas raya merayap jap ke Angsana cari bebenda tu. tak pun ajak S* gi JUSCO lunch hour nih.
macam plan nak balik cepat pun ye jugak petang ni. daptle aku ngemas yg mana patut. rumah dah macam dilanda tsunami bersepah bagai, hai bila lah si Mak Limah nak balik dari Indon....

Saturday, January 08, 2005

i'll be on leave on next monday-tuesday. atlhough there's some meeting and works to be done, that can wait till i get back and i've already given few tasks to my subordinate.

this afternoon have to attend a meeting and dinner after that at UKM. sunday we'll be heading to melaka, maybe stays at century mahkota, treat ourselves to serkam for it's well known ikan bakar. i was told that even singaporean would wants to drive all the way to eat there. this is our second visit to serkam. we will also go to alor gajah wet world. kalau hujan, then we'll just proceed to get into the safari. hope that we'll have a merry very good time.

boss won't be available from next week and following 2 months, due to her maternity leave. no one named to acting for her post. any letters will go straight to the officer accordingly. rite now 'ive already got a function to attend on the 17th.

ok, shall pen off now coz hubby dah tunggu kat luar opis. happy holiday everyone!

Thursday, January 06, 2005

i've change this blog punya template. and now i started thinking that it's content pon may change - kepada blog lepas geram. apa taknyer banyak betol writing pasal aku tension and geram kat orang / etc kat dlam ni.

now geram kat celcom pulak. i called their careline, just to make myself waiting, hanging on the phone for almsot 5 minutes or maybe more if i didn't put down. entah berapa ler diorang charge panggilan tu, dahtu kena tunggu lama2 lak. bosanova!

pastu aku geram kat diri aku sendiri jugak. inilah penangan pakai phone bill. bergayut guna hp sakan bukan main, last2 pening kepala aku tengok bil dah RM272. bulan lepas terlupa nak bayar. well, i have to tulis surat kepada accounts nak claim balik panggilan rasmi. nasib baik ler polisi majikan aku ni boleh claim balik caj panggilan rasmi. adela boleh cover balik dalam RM50. ok per, daripada habuk pon tarak sape nak bagi aku RM50?

azam aku nak spend smartly sentiasa teruji, dan selalu jugak aku kecundang! adooooiiii!

Wednesday, January 05, 2005

Apsal aku buat blog nih? kan dah kena update selalu. walhal tak selalu pon aku tulis pat sini. the first intention was only to suka-suka spend masa terluang and menyalahgunakan reta kerajaan utk tujuan peribadi wakakakakaka!

nyway, inilah one of the way nak melelpas geram secara tulisan tanpa diketahui oleh orang2 yg berkenaan mahupun tak berkenaan.

read Sumie's blog, dia dah update blog dia sejak tahun baru yang membawa cerita baru dlm hidupnya iaitu baru berhenti kerja.

kengkadang terpikir gak nak berhenti keja, jadi surirumah so boleh aku tengok anak membesar depan mata, dan melakukan segala benda di rumah yang selama ini memang aku tak terbuat sebab kononnya sibuk benor dgn kerja, heh!

tapi itu kalau gaji hubby 100K bolehlah gak difikir2kan. paling tidak dia bulih bagi aku 10K sebulan apa. ceh berangan ah.
i am only a lay man. a simple one. aku tak punya cita2 besar. dan aku menjalani kehidupan yang cuba aku permudahkan, dengan matlamat jangka pendek. sebab aku sentiasa gagal sebelum ini untuk memenuhi matlamat jangka panjang, tapi matlamat jangka pendek aku berjaya penuhi dengan baik.

apa dia matlamat2 itu? i'll keep that to meself.

life is simple, but don't make it simpler - that will make u an unbelievable ignorance! pleasee lah.

Monday, January 03, 2005

emm, dah tahun baru dah. nak gi keja pagi ni lalu tol, dah naik 20 sen.

gotta change my route. every day must pay 2.10 X 2 aiyah lot of money beh!

i want to make my saving account fatter. and spend smartly.
wanna be a better person too, pray hard, kind and gentler to my kids and family.

i wanna love him more. didn't you?