Monday, January 31, 2005

the big day has passed. keseluruhannya memang menyeronokkan dan berjalan lancar. cuma i'can't believe that i actually stay up late and balik rumah kol satu pagi semata2 nak menyiapkan skrip majlis, masa tu everybody dlm komitee dah macam kayu. kirekan aku ni penyelamat la eh? bila mata dah cam gitu fatigue plus jemu muak everything, memang ler kesilapan di mana-mana. tapi takde la major sangat.

TETAPI, dari segi emosinya, aku tetap terganggu, bukan sekarang ni aja, in fact sejak lama dulu terganggu. setiap kali assignment yang ada muka dia tu, aku memang tido termimpi2 kan dia. instinct aku kuat merasakan yang dia memang amat membencikan aku, sebab mengecewakan dan menghancurkan cinta dan harapannya padaku. menipu? mungkin juga. aku masih sayang padanya? kalaupun aku masih sayang, kasih sayang itu tak dapat menandingi cinta yang tak berbelah bagi untuk keluargaku ini, suamiyang melindungi dan anak2 yang amat membahagiakan.

namun hati nakal masih berkata, dia masih ada sekelumit kasih padaku, dan atas itu sebab dia sering mengelak jika kami ditugaskan bersama, malah hendak masuk ke pejabatku pun dia tak mahu. dia benar2 menghindari. kami orang asing yang tidak pernah mengenali, mengasihi sebelum ini.

aku tidak tahu, dan tidak perlu tahu keadaannya, yang penting aku harus kuat agar perasaanku padanya lenyap, aku tidak ingin mimpi pahit itu mengganggu tidurku, yang kadangkala sukar sekali kurasa utk mengelak, kerna mungkin di fikiran bawah sedarku, aku masih mengharap kasihnya, masih mengharap peluang untukku meminta maaf dan mendengar sendiri pengampunan dari bibirnya!

ooohhhh......