Thursday, January 20, 2005

opis aku memang selalu buat kerja last minutes. nak anjur event besar melibatkan kerabat diraja pun bagi notis seminggu jek gitu. katun betul. so seminggu dua aku memang macam nak pecah kepala meeting pagi ke petang dahtu blur nak buat tindakan yang mana dulu, entah bila masa nak take action. last nite macam kena migrain aku dibuatnyer, lepas maghrib terus tido sampai kul 10 lebih, bangun jap moinum air pastu tido balik. anak aku pun tidor kul satu satu mak dia dah terbongkang dulu.
this morning dah ok, cuma malas betul nak bangun mandi gosok baju, rasa cam amek MC. pakkal jek ada pulak taklimat utk pegawai, cess takkan ler aku kat PR ni tak menonjolkan muka ku yang cantek nih. memang glamer aku ni and dalam banyak hal memang orang cari aku, walaupun sebenornya yang patut mjalankan tugas2 sebegitu adelah boss aku si pompuan gemok tuh!
mak aku pepagi dah tepon tanya bila nak balik raya aji. citer pasal raya ni pepagi tadi jugak kat umah aku ala-ala perang dingin dgn laki aku, nak balik ari ni ke esok ke nak tidor rumah mak ke tak ke.. isk isk sape kata kalau laki bini satu daerah tak bergadoh nak balik raya.. sabor jek lah! maybe aku drive sendiri bawak budak2 balik kampung, petang ni atau awal pagi esok.
dalam banyak2 hal yg agak membebankan kepala otak aku ni, ada gak yg menggumbirakan hati aku, iaitu baju sutera batik kebaya yg aku tempah dah siap, kaler merah kuning. oklah tu, cuma takde kasut and tudung matching jek. tengokler kalau free lepas raya merayap jap ke Angsana cari bebenda tu. tak pun ajak S* gi JUSCO lunch hour nih.
macam plan nak balik cepat pun ye jugak petang ni. daptle aku ngemas yg mana patut. rumah dah macam dilanda tsunami bersepah bagai, hai bila lah si Mak Limah nak balik dari Indon....