Friday, July 14, 2006


Pulang dari kerja, laila datang padaku dengan mulut comot penuh coklat...

Buah hati mama...


Laila and kim in green...



this is my favourite cactus kat kampung. Everytime balik rumah mak, kena lak time pokok yang berusia lebih 15 tahun ni lebat berbunga, aku pasti khayal memerhatikan kuntuman dan mekarnya setiap pagi. Selalunya ia mengeluarkan hampir 40 bunga yang tidak berbau, namun cukup indah di pandangan mataku ini. Tingginya hampir 3 meter, dan pasti mempesonakan sesiapa yang lalu lalang dekat rumat mak. Kembang di awal pagi semasa terbit suria, dan menguncup sekitar jam 10 pagi. Kembangnya sekali sahaja, lepas tu ia akan layu dan gugur. mak kata, pernah sekali hampir 5-6 kuntum mekar serentak, lantas memutih pabila kelihatan dari jauh... aduhhhhh.... bestnya kan?

All these pics was taken last weekend - di kampungku, rumahku dan kat masjid di majlis maulidur rasul, using my new found love - SonyEricsson k750i - hehe berlagak dengan hubby tapi nak mengadjust aku pun tak terer sangat bab fotografi / IT and watsoever ni. hantam sajalah Pak Belalang!!




Thursday, July 13, 2006

Tahniah untuk diri saya. terima kasih kepada bos2 yang menilai dan sokong saya.
Naik pentas dapat sijil dan seribu ringgit (syukur rezeki anak)
Bibir mengukir senyum tapi hati tetap bimbang dengan kesihatan hubby.
mesti buat CAT scan kalau tak buat MRI.
Khuatir kalau-kalau.....ah..... dijauhkan....

Bimbang yang mula berbunga ini...
sukar sekali kusekat dari menghimpit lubuk hati....
oh....

Tuesday, July 11, 2006

lagu Burung Tukang yang selalu kunyanyikan untuk Laila Maisarah:

Suatu malam bulan terang
terdengar bunyi tukang
di atas pokok berbunyi riang
macam orang bertukang
tok! tok! tok! bunyinya
apa yang diketuknya
tok! tok! tok! bertukang
kerja sepanjang malam
ketukannya tak jemu-jemu
apa ditukang ku tak tahu
hatiku hairan ku tanya ibu
bunyinya yang begitu.....

*tak tau lagu ini rekaan siapa. Anyway, kredit untuk emak yang ajar aku lagu ni... =)


hening syahdu mata anak-anakku
pipi yang gebu
tawa ceria selalu
dan rajuk yang keras membatu.....

gelak dan keletah oh mama selalu rindu
tak mahu lepaskanmu....
hangat pelukan dan kasih sayang.. mengalir ke pelusuk jiwa kita...

Kampus kembali semarak dengan bermulanya sesi pengajian. Pendaftaran wajib semalam agak kelam kabut, "gelabah puyuh" "kata anak buah aku. Sistem maklumat pendaftaran ada masalah so terpaksa close counter selama 2 jam lebih. Dah le ramai student semalam.... Sistem tak lock so wujud lebihan pelajar yang terlalu tinggi untuk satu2 subjek... heeeiii pening kepala juga. First time happened cam gini katanya.

Punch out at 5.30 pm terasa letih sangat kepala otak. Hubby beli pizza makan sampai nak muntah pula. Concerntrate ajar akim buat homework then 10.30 pm everybody went to sleep.

Arini rutin pendaftaran akan berjalan seperti biasa... will update later mengenai my new love heheheh....

Tuesday, July 04, 2006

try ler resepi ibu2 bekerjaya yang suaminya demam panas sakit tekak tak braper selera nak makan. nescaya menjimatkan masa namun lazat rasanya hehehe!


SUP CAMPAK AMBUS

pi la cari :
cendawan tiram 7-8 keping - dicarik2
tauhu jepun
bilis atau kiub bilis
daun kunyit (wajib ada nih)
lada hitam
carrot
bawang putih dan bawang besar dihiris
sedikit halia kalau suka nak letak
makaroni - rebus dulu sampai empuk, ditoskan.

lima minit je masak ni :

tumis bawang putih dan bawang besar. halia masuk sekali pun boleh. masukkan air secukupnya tengok le nak buat sup ni sorang makan ke 10 orang makan. masukkan bahan2 lain dan tunggu hingga mendidih. kalau nak pedas sikit lebihkan lada hitam tapi jangan pedas sangat kesian lak kat orang demam tak pun budak2 yang nak makan sup ni.

tak perlu letak daun sup sebab daun kunyit dah cukup untuk bangkitkan aroma dan rasa... phewww!!!

GONJOL!

Kedua-duanya aku fikir sama gonjol. Dah seminggu lebih aku perasan biras jarang masak. Anak dia yg tua selalu makan di rumah mak, cakap mama dia tak masak. yesterday just after i left, she fell in the bathroom and went histerical.

tension, sebab laki dia main pompuan. Nak minta cerai, dah kemas baju nak balik rumah mak dia dan siap cakap nak serah anak sulung kat MIL. Abis tu dia mampu ke bela anak dia yg 1 tahun lebih and yang dalam perut dia tu?

Ipar aku nangis, taubat dan minta maaf kat bini dia. Uh, air mata lelaki, ntah boleh pecaya ke tak....

harap2 dua-dua tak gonjol lagi lepas ni.

Monday, July 03, 2006

Abang dan adik asyik korek2 tabung ayam, yang dulunya penuh berisi wang syiling. adik fikir emak dah ambil duit adik sebab kelmarin nampak emak isi duit2 syiling adik dalam plastik dan bawa ke kedai Kak Idah depan rumah. Lepas tu tabung ayam adik kosong. Entah mana pergi duit adik. tak faham.

baru ada beberapa keping duit 10 sen dan 20 sen dalam tabung ayam tu. tabung tu kaler merah. nak tunggu penuh mesti lambat lagi. Abang dan adik bawa tabung ayam ke bawah rumah. nak korek. nak ambil duit beli jajan kat kedai kak Idah. Susahnya nak keluarkan duit yang sedikit tu. Alamak, ada cicak pulak dalam tabung! Adik terjerit-jerit sebab geli geleman tengok cicak.

Emak keluar tengok apa abang dan adik buat bising2 kat bawah rumah. Emak yang memang garang terus naik angin bila tengok anak2 dia nak korek tabung. Lalu, tabung ayam emak hempas ke tanah. Berderai. Tamat sudah riwayat tabung ayam adik.

Nostalgia sungguh tabung ayam. Sekarang aku beli satu, lupa pula harganya, maybe RM7. Aku nak kumpul duit syiling sampai penuh, seperti mana suatu waktu dulu.

Nostalgia tabung ayam......