Wednesday, August 25, 2004

fuuuuuuu! it has been a long long holiday. cuti sabtu ke tiga, hari hol almarhum on sunday, makes monday a public hol in JB, pastu emergency leave sebab abang sakit gigi and hubby kena migrain,.. and this morning aku bekerja keras mendeletekan segala macam mail dlm inbox..arghhh.... and today also a payday..yeahh... lagi sekali bekerja keras untuk melangsaikan hutang ehehhe...

jiran2 kami - jiran mak aku, jiran aku, jiran atuk aku, jiran adik ipar aku - aku rasa mereka cemburu dgn kesenangan yang kami nikmati. apa taknyer, petang2 buat "port", hidang kopi goreng pisang tak de benda lain yg dibuat, asek buat ketupat kering citer pasal kitorang nih, .. jiran aku nih memang rajin amikkan surat2 kitorang kat wakil pos (still use wakil pos in these modern days eh? that's another story lah). rupanya tujuan dia hanya untuk mengutuk kitorang, iaitu kitorang ni hidup senang sebab raja berhutang... hutang keta hutang rumah hutang personal loan, e-eh wkalu betollah korang nih kot berhutang pun bukan mintak kesian korang, tak mintakpun duit korang nak bayar hutang tu. And hutang2 tu berpatutan, hutang rumah hutang keta. tak hutang ceti haram pon! Dijaja keliling kampung pasal kami berhutang. Melampau betol. pastu rumah aku pasang air cond pun dikutuknyer! Hubby and abah kata, mereka jealous, sebab anak2 abah sume keja makan gaji, selalu jalan2 sana-sini, ada keta motor, bergaya, rumah cantik..aiayaaa... selama ini aku ingat mereka ikhlas... tapi ada udang disebalik me maggi perisa tomyam campur kah kah kah.... lantakler...janji aku senang hati, maka kutukan merea sedikit pun tidak berkudis kepada kami sekeluarga... namun sakit telinga tetap terasa...

Wednesday, August 18, 2004

perrggghhh! lama banget aku tak update blog... mau taknyer dgn keja yg setambun tulang.. baru abis konvo ni maknanyer boleh la sikit bernafas...dlam lumpur ahahks!
smalam cuti, melepaskan keletihan setelah seminggu berhempas pulas menjayakan konvo pesta konvo, melayan kehendak VIP kerabat etc. ari ni pun rasa cam tak nak keja..tapi tunjuk muka jeklah, then petang ni mintak excuse dgn boss sebab babysitter aku ada kenduri.

esok birthday abang yang ke 3 tahun..hmmm...dah besar anakku sayang. disebabkan hubby akan outstation till weekend, maka ad hoc dia plan nak buat small besday party for him. ok so today aku balik awal nak beli barang2 for mlm ni, hubby gi round sebab nak belikan gelungsur utk anak dia tuh..lama dah janji,...mm mesti anak aku gumbira sakan nanti ek?? malam tadi tgh concerntrate menjahit langsir, abang meremgek soh aku baring kat dia, layan dia, ..haiii..kesian anak2 aku nih...dgn waktu yg sedikit ibubapa sekarang ni dgn anak2, sibuk dgn kerja pejabat, kerja rumah, layan suami, overtime.. membuatkan aku kadang2 nak menitis airmata sebab kalau boleh memang aku nak mentap muka diorang 24 jam. membelai, memberi kasih sayang, didikan sempurna... aku keraskan hati setiap kali terpaksa meninggalkan mereka untuk kerja, apatah lagi abis cuti bersalin kena lak outstation... atau bila mereka demam, aku diarah bertugas malam, outstation berhari-hari, bila aku kat rumah pulak kena bahagikan masa untuk mengurus rumah...aduhai sayang mama....
pernah juga nak menitis airmata bila berjauhan, terdengar rayuan mereka di corong telefon bertanya - bila mama nak balik... abang rindu mama..adik rindu mam...- ohhh... itulah pengorbanan yang terpaksa diharungi..walau pedihnya bak beribu duri menikam hati....

well...bulan ogos nih masih lagi bulan yang agak sibuk, belek2 planner nih, ade lagi 3 evnt dlm bulan ni...aiyohh...anyone interested to take over my place???

hari anugerah pekerja cemerlang bakal tiba. i know i'm not listed. somebody was listed. terasa juga di hati ini,... aku pun kerja kuat spt orang lain apa... masa aku sedang bertugas aritu, my second big boss tarik aku ke tepi.. dia kata, saya ada cadangkan nama you untuk hari kualiti... tapi ... ayat dia terhenti setakat tu...
so aku reply - kenapa? prestasi saya tak konsisten ker?
dia kata - bukan prestasi you tak konsisten...takde rezeki tahun ni, mungkin tahun akan datang kottt...
mendengarkan jawapan dia tu, aku pun senyum sinis sambil berlalu dgn selambanya...dalam hati Tuhan je yang tahu...
kalau dah kau tahu aku tak tercalon, buat apa datang bitau aku benda yang dah tentu merosakkan emosi dan mood aku?...menyampah.... tak payah bagitau pun tak per lah!

sometimes perit gak telinga, kerja kuat2, pastu orang tanya - eh kau tak naik pentas (terima hadiah cemerlang)?... hubby aku pun pernah sound cam ni - awak kerja berhempas pulas, tak dapat naik pentas pun?
kalau kena cam tu, aku senyum selamba jek..kerna kuanggapkan mereka tu bersimpati denganku.

Friday, August 06, 2004

semalam telah berlalu dengan segala macam cerita. 2 hari berhempas pulas menjayakan majlis rasmi dan cuba memuaskan hati setiap orang. menteri pun dah selamat balik petang semalam, dan aku kira all my big boss berpuashati dengan perjalanan majlis. itu yang penting. memang ada cakap2 sumbang bila jumpa orang itu dan orang ini. ada gak VIP yang komplen tapi dia sorang jeklah yang komplen. yang lain okeh jek. mudah2mudahan kot esok lusa hubby jadi VIP jangan ler berperangai buruk mcm VIP yg sorang nih, merosakkan majlis oghang jek!
Lepas menteri balik, perghhh barulah terasa sendi2 aku cam nak terchabut. lepak betul and nyaris juga aku tertidor kat meja ofis. baca blog kawan-kawan yang membuatkan mata aku masih terdaya untuk berjaga, blog Sumie, leez, NZ, fidzan, arathorn, y@home, mat jan dll. arghh ngantuk ...bawak keta pun tak berapa konsentrate nasib baik ler kat highway keta tak banyak.
Bila balik umah, hubby dah sampai dia pun tido lepak. hubby lagi terok, dia citer dia nyaris langgar lamp post sebab tertidor masa drive... ya Rabbi laki aku nih boleh tahan tak senonohsss.
this morning keletihan masih lagi terasa, so aku call opis masuk lambat kul 9.30 am...
petang ni lepas sembahyang jumaat nak gi kota tinggi, ayah kawan opis aku meniggal dunia... innalillah... on the mean time, nak nyambung tido...ohhh lazatnyer nimat tido yang Allah beri...hermmmm..zzzZZZZZzzzzz

Tuesday, August 03, 2004

i am extremely extremely teribbly busy. rite now lunch hrso aku hang the phone line, need an hour to relax a bit. aku dah mcm operator tak bertauliah lak ari ni. Call berezum-dezum masuk orang ramai cari aku. Lepas jawab call yg ni, baru nak take action dah ade pulak orang lain call tanya itu ini, suruh itu ini. Boss masih lagi MC. tu pun semalam aku gi rumah dia bawa segala paper yg perlu untuk dia sign and finalkan some decisions.
oh God, kalau mcm ni ler mau tanggal tulang-belulang aku lepas event nih. Dalam ketegangan perasaan aku nih, nasib baikler aku ade blog, boleh juga melimpah-ruahkan segala kekusutan di kepala, yg mana at times bila aku renung balik, seolah-olahnye aku ni selalu banget mengeluh akan beratnyer tanggungjawab yg dipikul, beban orang lain yg tak buat keja aku yg kena galas.. tapi selalu sangat merungut pun, dah ituler kerja2 yg aku dibayar gaji, yg aku kena laksanakan. .... haiii...bertuahler badannn..
Interesting tu memangler, tapi interesting tu dah jadi malapetaka bila last minit orang tak buat keja, aku selalu sangat menjadi troubleshooter a.k.a mak sanggup nak membereskan tah hapa-hapa benda...