Monday, June 28, 2004

la, terpaste dua kali gamaknyer comments kat blog aku nih. satu keja nak delete balik. kang hilang segalanya...

do you remember when
u remember when
we all together
all the good times we had
all the bad times we shared
will last forever
all the good times we had
all the bad times we shared
all the wonderful days of the past
hope this will last but the time would not let
o we will miss u so much
we will miss u so much
you'll never know
promise us keep in touch
promise keep in touch
as time goes by..

this is the song created by girls at my school when our beloved headmistress at that time was transfered to another school. we was so sad, coz every student there likes her a lots, every monday morning in the assembly she would gives us an inspiring speech, kata-kata semangat, pujukan (if we have been so notty), and she is like the mother to us.
Replacing her is another teacher from our school, that i think most of us disfavor so much. aiyo, strict giler, no compromise in almost everything, bila dia bagi speech kat hall masyallah asyik marah sesajer.., some of the teacher that we close pun tak braper gemar dgn peel dia. one thing yg budak asrama cam aku ni fedup is balik2 skolah aku je yg jadik tempat pej pendidikan buat event - sambut orang itu, buat lawatan itu ini, mesyuarat itu ini, YB sana, Menteri sini. Budak2 hostel kena la susun kerusi, angkat meja, jadi penyambut tetamu, tukang sapu bla bla...harus kaya kalau tetiap majlis tu collect elaun!

Saturday, June 26, 2004

hantu kacang the putih memangler..entah servis blog ni ker atau aku yang goblog! once again try to buat comment tag kat blog aku nih tapi tak menjadi forever and ever. so aku pun mambaca ler archive aku balik..laa banyakknyer aku tulis pasal melepaskan perasaan geram - geram kat ticketing agent, geram kat ipar aku, geram kat jantan bontot lembab, kat itu, kat ini.. lantakler gamaknyer blog aku ni secara unconciusly aku jadikan mekanisma bela diri plus meluah kegeraman lubuk jiwa nga! nga! nga! ngaaaa...!!!.. it lokks like aku suka kat exclamation marks kan?.. waduhai nak kaji diri sendiri bagus jugak nih, the guenea pig lor.. minda bawah sedar memang kita tak sedar, hanya orang lain yang terperasan keadaan diri kita, apa yang dibuat actually satu manisfestasi jiwa yang samada jiwa sakit, tenteram, tertekan atau..atau...atau sengaja buat.. atau kurang keimanan / ketakwaan?..
macam lecturer aku dulu, aku suka subject dia nih.She like so much to melukis. one student psikologi yang mengkaji lecturer aku nih, menyimpulkan bahwa lecturer aku nih "sakit". sebab tu dia melukis dan perbuatannya melukis adalh satu pelarian dari tekanan rasa dari permasalahan hidup lecturer aku nih - kena jaga mak dia yang nyanyuk, dia janda, tapi ex-hubby tinggal sebelah rumah, dia masih kasih pd ex hubby dia, dia kesepian, kena plak gosip dgn student, dgn lecturer sana sini, pakaian dia fesyen pelik, and bla bla bla...
kesian aku kat dia ah..

agak-agak, apa yang sebenarnya manifestasi minda bawah sedar aku ?

once in a while, bila aku bukak astro and ternampak diari AF, bila ditengok semakin nampak bokan main yg budak2 ni is a bunch of people, who, apart from studying in the academy, is orang-orang yg memperagakan apa-apa yang menjadi brand tajaan mereka, dan membuat perkara-perkara yang seolah-olah ada puppet master (tangan-tangan gelap? aiyoo..) yang merekabentuk sedikit sebanyak tindakan diorang... berlakun bercinta ke bebetul bercinta ke har? atau saje nak nimbulkan gossip untuk menarik perhatian / simpati undi?..jual SMS gamaknyer. watever it is, tapi ikan mas yang mati tu tak berlakun aku rasa...real punya mati heheh.. komersil..komersil..

ker aku terpengaruh dgn citer Akademi Impian by NZ?...

Thursday, June 24, 2004

finished writing at the exam paper around eleven. then i did the checking again, add some more "goreng " points here and there.. me hoping that i will pass this time. i feel a bit of confident too, eventhough most of the topic that expect to be in the paper does not appear. luckily i still prepare and spot on other question as well.
so, now rasa lega. kepala rasa lapang and i;m worry-free at the moment. have to wait for 2-3 or maybe 6 months before i got to know the result - pass or fail.
today is a payday. haven't get to go to ATM to get my pay. what to buy? nak shopping apa for myself yang berjaya menduduki exam dengan jayanya ini hheeh..

want to be a better man.

Tuesday, June 22, 2004

i'm busy. and worry. the day after tomorrow (ermmm sound like that Hollywodd movie eh?) i'll be taking Paper 1 exam for civil servant. Malaysian constitution and AUKU. Last time i failed. gotta pass this time, if not i only have one more chance to take this paper,..only one.
So, tomorrow i take one day leave, purposely to study in the library or somewhere.

Tuesday, June 15, 2004

i was terribly hectic these days.. ada 2-3 event happens dalam minggu yang sama, and at the same time boss was not around, officer yang ada cume PRO yang propah je lebih buat keja satu hapah tak leh harap. kalau aku boss dia dah lama aku tak sambung kontrak dia or sack terus!!!aku pun tak tau le apsal boss aku si pompuan boley tahan dgn si jantan lembab nih. aku nak tengok pompuan tu sign ke kontrak jantan lembab tu..kalau sambung memang biol sgtler boss aku ni kan. sendiri cari bala sebab everytime jantan ni buat keja tak betol, tau pulak membebel2 kat aku, merintih2, benci sangat aku dibuatnyer!
berkali2 aku bitau dia pasal ASM oficer nak jumpa still he won't budge bontot dia yang lembab tu.. otak lembab ke bontot lembab aku pon tak tau le kan. alasan dia ada ramai orang nak jumpa dia, nak itu ini, ada interview dgn press, bla bla .last dia hantar si mamat yang tak tau apa2 soh wakilkan dia. pan**t betollah memang! dahle boss aku buat dekk jek pasal event ni, si second big boss pun asek ngelak jek, dahtu big boss plak last minute baru terhegeh2 nak jumpa this VIP. Orang2 ni memang Pan**t tau! aku memang hot ni, padan muka diorang ni aku maki hamun. yela kang maki hamun depan2 muka dia tak pasal aku lak hilang priuk nasik kann.. those academicians memang suckssssssssss!!!

Thursday, June 10, 2004

hardwaRE pc aku problematic, so hantar dibaiki, am given a laptop sementara nunggu ia siap. terkial2 gak naip dgn laptop coz e'thing so sensitif and my finger not yet get used to the keyboard. nila asek typo error & tertekan mcm2 menu yg terkuar.
boss aku takde the whole week. and aku kat sini terkontang-kanting coz few task involving Vip aku terpaksa decide sendiri, dahtu terpaksale aku nanggung risikonyer..well inilah dikatakan akauntabiliti dalam perkhidmatan awam ececehcehceh...
yesterday tpakse balik kg eventhou aku byk keja pat opis.mum called say grandma is heavily ill. balik kg drive dlm hujan. hubby worri and keep on advise me to drive carefully. dun wori aku bokan pelumba F1 maaa.. sampai jek everybody tgh lunch. so join skali. sampai kat umah pak sedara di mana nenekku, oh pilu sungguh hati. kak long aku baru tanya kabar sket dah menjejeh ayer mata duyungnya. aku cam biase ah kati batu. sengaja aku mengkeraskan hati spy tak nangis, kang dah nangis susah nak stop. nway, keadaan nenekku memang uzur benar. mata dah tak nampak, mulai nyanyuk. in fact skang bila tido asek nak pegang tangan, so dia tahu she is not alone.
betulla kata Allah, bila manusia semakin tua, perangainya akan kembali seperti kanak2...
terfikir nanti, aku juga akan menjadi tua.. begitulah rupa parasku, dan begitulah keadaanku (kalau dah nyanyuk ler).

Monday, June 07, 2004

dia memang dejavu.
aku pun tak perasan pada mulanya. hanya setelah aku bercintan-cintun baru ler aku teringat benda nih. dan aku percaya. aku sememangnya percaya dan mahu percaya!
mimpi berlaku entah pada purnama bila, aku dah lupa. dalam tahun 1996, beberapa bulan sebelum ku dapat surat offer ke universiti. Yang jelas, dalam mimpi tu aku di kaki bukit. ayahku di puncak bukit. perlu naik ke puncak untuk mendapatkan ayahku.
ada dua jalan. kiri dan kanan. dua-dua curam. teragak-agak aku di bawah bukit. takut jatuh tergelincir. ayah terus melambai. tiba-tiba ada lelaki, berbaju biru gelap, seluar panjang hitam. mukanya tak jelas. rambut sedikit ikal. susuk tubuhnya aku ingat.
Dia memberiku semangat untuk terus berani mendaki, suruh aku ikut jalan sebelah kanan. akhirnya aku menghampiri ayah.
pemandangan di kaki bukit itu, ada rumah-rumah yang agak buruk, tak terurus, dan pokok2 yang agak rimbun.

di alam nyata, pokok2 dan rumah2 buruk itu, adalah penempatan berhampiran stesen komuter Kajang. memang sebijik sebentuk, itulah rupanya.memang ada bukit kat situ - bukit Mewah. masa naik komuter gi KL aku asyik tertanya2, kat mana aku pernah lihat semua ini?.. and i almost cried when i remembered.
dan lelaki itu, aku menyimpulkan sebagai lelaki yang menjadi suamiku kini. kenapa? rambut ikal, tinggi sama, susuk tubuh tidak berbeza.. malah baju itulah yang dia pakai masa kami dating. baju biru gelap, seluar hitam.hm..hoping that jodoh kami kekal hingga ke akhir hayat.

Friday, June 04, 2004

i hate the view of my blog. the font suddenly so big, not a simple one as before. but me dun have time edit the template. let it be.
rite now am reading a book on child development psychology. sungguh aku tertarik dgn isi kandungan ringkas buku tersebut, lantas mengingatkan aku kembali zaman aku di UKM, studying the psychology subject. dah lama tak membeli buku2 ilmiah sebegini, asyik2 anjung seri + impiana . BHg and bla bla bla. Jumpa istilah "myelin", iaitu lemak yang menyelaputi neuron, oh suddenly i remember wajah cikgu sains - Mr. Peter Chong. we call our male teacher with Sir di pangkal nama mereka. So this Sir Chong is quite funny sometime. Or he can be very funny all the time. I remember he pronounce the word myelin in such a way like saying it "ini adalah salut meyyyyeeliin... sampai nampak ler gusi-gusi dia tu. and then when he describe things, he did it in humourous way.. makes us laugh coz it was so gross or truly pure joke. so when he tried to be serious, it won't work coz all of us will loyar buruk dengan dia, till he said aiyoo budak ini sungguh jahat.. in his chinese slang..oh Sir Chong it sound so beautifullah!.. i like his subject, ..although i didn't get flying colour.

ok..gotta continue reading.. i wonder how my fellow frens remember their teachers?

Thursday, June 03, 2004

jatuh cinta berkali-kali. berahi beribu kali. berkelahi, kecil hati, cubit marah, tamparan manja, jelingan benci, rungutan sakit hati...dan ciuman yang sungguh mengasyikkan..

saat2 ini hampir saja dikongsi bersama Dia. 3 tahun batas kasih yang subur itu, hampir saja dinodai kecuranganku sendiri. bisikan iblis yang nyata perkasa dari keimanan, hampir roboh kota cinta kami.

tapi aku yakin, kucinta padanya. memang benar cinta. BENAR. di detik waktu itu, turut mencintai LELAKI yang lebih dulu kutemui. dalam mimpi. LELAKI itu dejaVu!

DIA tulus mencintaiku. cinta pertama katanya. dan kupercaya, kerna dari gerak belainya, minyak yang ditatang takkan gugur menyembah bumi.

mujur ku segera menepis, meski terlanjur aku memberikan harapan, dan kala itu ku mengerti, kata-kataku bak taufan di lautan..hancur hati Dia.. lirih pedih hati seorang lelaki. namun, adakah kau tahu wahai Dia, aku turut makan hati??

kota cinta aku dan LELAKI, gagah berdiri dengan akad sekali lafaz. menyerahkan diriku kepadanya, megah berstatus isteri. aku setia pada LELAKI namun kenangan Dia tetap juga aku mainkan di jiwa. Aku dan Dia - cinta putus!

Dia temui akhirnya suri... dan katanya sewaktu ku SMS tahniah, balasannya - thank you. but we can never forget the one you once loved. oohh... baru ku sedar rupanya, aku masih tidak melepaskannya pergi.. melepaskan cinta, melepaskan airmata, melepaskan Dia.. dan segalanya.

Saat kugagahi menemui Dia.. hati yang kecamuk, lantas aku pantas berlari dari pandangannya.. dan aku tak mahu tahu apa yang berada di fikirannya! cuma baris-baris ayat ku emailkan kembali... yang akhirnya menjadi penyudah..tamatnya imbasan kenangan cinta.. aku yang asyik sendiri. mungkin dia megah tertawa, atas lemahnya aku yang mengakui, masih lagi memegang cintanya..sedang aku terlebih dahulu bersuami. Dia lewat beristeri.

Aneh kurasakan, sebaik peristiwa perkahwinannya, dan aku bertentang mata beremosi.. lapangnya dada, tiada lagi keinginanku untuk mengimbau kenangan..aku pun tiada lagi ingin, mencuri jeling ke arahnya, atau cuba mencari alasan untuk mendengar suaranya di talian.. atau email gurauan..

oh, betapa ku telah hanyut ..dalam igauku sendiri..sedang Dia pun telah lama membuangku jauh.. syukur, aku mendapat jawapan..kelesuan akalku terurai sudah.

jatuh cinta berkali-kali. berahi beribu kali. berkelahi, kecil hati, cubit marah, tamparan manja, jelingan benci, rungutan sakit hati...dan ciuman yang sungguh mengasyikkan.. LELAKI ..suamiku...

Tuesday, June 01, 2004

server down since last week.
me life as usual. baby makin pandai berjalan. langkahnya makin yakin setiap kali dihayun.. satu perkembangan yang amat ditunggu-tunggu oleh semua orang, sebab dulu abang bila usianya 9 bulan sudah giat bertatih ke sana kemari. dan malam tadi juga aku mendukung baby memasuki 4 buah kedai untuk membelikan baby selipar baru. hadiah sempena prestasi baby dari hanya merangkak kepada langkah yang terhoyong-hayang. mendebarkan hati sesiapa yang memandangnya!.. susah juga cari selipar baby, sebab kakinya sama saiz dgn sepupu dia yang berusia 2 tahun, kaki padat berisi, gebu dan montel!
hubby kata - "Baby dah pandai jalan, bolehlah kita tambah satu lagi" - hello!!! orang baru nak relak, soh pregnant lagi..o dear... tak koser nak layan maa..
Abang semakin rajin nonton cd magic English. juga perkembangan yang amat positif, satu dua patah perkataan ditiru dari apa yang ditonton eg. spaghetti (abang sebut patt-te-ti), ..cuma dia belum cermat menyimpan cd bila dah habis tengok. calar-balar siri 1 hingga 7, so i decide biar le aku yg simpankan..yang dah rosak tu, aku nak frame jek. and i won't allow him to bring 'em to mak's house anymore. yela bila dah berjumpa cousin2nye, dah tak ingat dunia....