Thursday, June 03, 2004

jatuh cinta berkali-kali. berahi beribu kali. berkelahi, kecil hati, cubit marah, tamparan manja, jelingan benci, rungutan sakit hati...dan ciuman yang sungguh mengasyikkan..

saat2 ini hampir saja dikongsi bersama Dia. 3 tahun batas kasih yang subur itu, hampir saja dinodai kecuranganku sendiri. bisikan iblis yang nyata perkasa dari keimanan, hampir roboh kota cinta kami.

tapi aku yakin, kucinta padanya. memang benar cinta. BENAR. di detik waktu itu, turut mencintai LELAKI yang lebih dulu kutemui. dalam mimpi. LELAKI itu dejaVu!

DIA tulus mencintaiku. cinta pertama katanya. dan kupercaya, kerna dari gerak belainya, minyak yang ditatang takkan gugur menyembah bumi.

mujur ku segera menepis, meski terlanjur aku memberikan harapan, dan kala itu ku mengerti, kata-kataku bak taufan di lautan..hancur hati Dia.. lirih pedih hati seorang lelaki. namun, adakah kau tahu wahai Dia, aku turut makan hati??

kota cinta aku dan LELAKI, gagah berdiri dengan akad sekali lafaz. menyerahkan diriku kepadanya, megah berstatus isteri. aku setia pada LELAKI namun kenangan Dia tetap juga aku mainkan di jiwa. Aku dan Dia - cinta putus!

Dia temui akhirnya suri... dan katanya sewaktu ku SMS tahniah, balasannya - thank you. but we can never forget the one you once loved. oohh... baru ku sedar rupanya, aku masih tidak melepaskannya pergi.. melepaskan cinta, melepaskan airmata, melepaskan Dia.. dan segalanya.

Saat kugagahi menemui Dia.. hati yang kecamuk, lantas aku pantas berlari dari pandangannya.. dan aku tak mahu tahu apa yang berada di fikirannya! cuma baris-baris ayat ku emailkan kembali... yang akhirnya menjadi penyudah..tamatnya imbasan kenangan cinta.. aku yang asyik sendiri. mungkin dia megah tertawa, atas lemahnya aku yang mengakui, masih lagi memegang cintanya..sedang aku terlebih dahulu bersuami. Dia lewat beristeri.

Aneh kurasakan, sebaik peristiwa perkahwinannya, dan aku bertentang mata beremosi.. lapangnya dada, tiada lagi keinginanku untuk mengimbau kenangan..aku pun tiada lagi ingin, mencuri jeling ke arahnya, atau cuba mencari alasan untuk mendengar suaranya di talian.. atau email gurauan..

oh, betapa ku telah hanyut ..dalam igauku sendiri..sedang Dia pun telah lama membuangku jauh.. syukur, aku mendapat jawapan..kelesuan akalku terurai sudah.

jatuh cinta berkali-kali. berahi beribu kali. berkelahi, kecil hati, cubit marah, tamparan manja, jelingan benci, rungutan sakit hati...dan ciuman yang sungguh mengasyikkan.. LELAKI ..suamiku...