Tuesday, August 01, 2006

Aku menguliti kemanjaan Laila selama 4 hari, sepanjang ketiadaan hakim kerana bercuti ke Langkawi ikut cousin dia. Tambah lagi hubby juga oustation dari Langkawi terus ke Ipoh. kami berdua balik kampung, ziarah adik bongsu di Kluang dan ke rumah saudara mara, buat penghilang kebosanan dan supaya Laila busy, kurang merengek mencari abangnya yang jauh di mata.

Malam tadi Kim pulang pada jam hampir 2 pagi, gagah dia membuka mata dan melemparkan kerinduan pada abangnya nan seorang. Berteman berdua duduk atas katil tengok VCD Mr. Bean dan Donald Duck. last aku yang give up, terlelap dulu.

hari ini kim ponteng sekolah tadika, aku pasti banyak celoteh mereka sepanjang siang ini. tambah lagi sejak malam tadi Laila tak lepas memeluk patung Hello Kitty yang dibelikan kim untuknya.

Aku sebenarnya hampir menangis bila kim kembali dalam dakapanku malam tadi... haaaii, bercuti-bercuti juga, hati tetap risau walau datuk dan neneknya yang menjaga sepanjang percutian. Kalau tak kerana 7 bulan pregnant, tak sewenangnya kim pergi begitu saja dengan sepupunya tu. Biasalah, kalau boleh aku ingin anak2 sentiasa berada di "bawah hidungku" setiap masa...