Monday, March 26, 2007

Entri ini panjang sebab Rumahku di masoki penchuri!
Pengalaman berharga-bodoh-lahanat-seram. Suami outstation dan di luar kawasan liputan henphone.
Tido mati dalam bilik tido no. 2 bersama anak2. Seb baik kunci pintu bilik. Bibik pon kunci bilik dia.
Akibat menangguh untuk membaiki lock pintu master bedroom, hampir licin barang kemas. Masih ditinggalkan rantai emas Laila rega RM900 yg aku bli tu plak? Apa dia ingat tak laku kalau jual apsal ko tak hangkut skali hah!!!?? mebbe dia tengok bendalah tu halus ciput cam mainan je agaknye (taula kan 916 skang ni kan melambung sakan beli ribu riban pun dapat setoet jek) pulak tu aku letak skali dengan cincin emas celup yg terserlah kecelupannya diberi oleh MIL lepas balik aji. Duit gaji aku (G-A-J-I okke!) yang baru kuarkan sebab nak bayar segala macam and bagi mak kt kg dan few hundred duit anak nak masukkan ASB tak sempat sebab gila konsentrate keja katanya pun licin menjilat telinga....
RM3500.00. Bagi org yg gaji taraf "gitu-gitu" macam aku ni hah, rasa sgtlah terpeleot. Harap2nye seketika aje sebab nak bagi hubby nyiru besar bulan ni...tu pun kalau le poket dia buncit bulan ni ek?

Perfume Stila yang hubby belikan pun pencuri tu ambik! WTF!
Sangat sayang itu Stila...

Bibik:
Dalam kejadian ini di mata aku bibik adalah seorang bengong, sebab pukul 2 pg terdengar suara orang bercakap2 dan berjalan di belakang rumah bila dia intai kt tingkap nampak bayang 2 orang satu pendek gemok dan satu lagi tinggi kurus. Dia tido je. Pukul 4 pagi pulak dia bangun minum air dan dengar suara orang di luar pintu dapur berkata2 lebih kuang cam gini - sudah sudah cepat hari nak siang. Lepas itu dia tido balik. Jam 8 pagi sapu2 sampah nampak besi tingkap tepi pintu kena potong pakai cutter. Check barang dalam rumah seperti tv radio astro VCD player tak hilang. Puan juga tak bising2 terus pergi keja. OK bibik rasa ada orang cuba nak masuk tapi tak jadi. Jam 5 petang dia gi rumah MIL di lorong seblah dan baru cerita cakap besi tingkap kena potong. KEBETULAN aku tepon rumah MIL sebab nak tanya anak then MIL inform apa dah jadi.

Seolah mahu lesing bibik sebab kenapa la ko tak bitau aku masa jam 2 pagi tu kan, or at 4 am.i was wide awake sebab aku bangun layan baby at 1.20 am, 10 min after that duk buat keja around the kithchen / family area till kol 2.45 am. heeih kalau takut nak kuar bilik pun call jek aku pakai le henpon tu..apa ke maknanya aku beria belikan ko henpon!

................

Tak marah dia pon. aku ni aksyen je cakap nak lesing dan sebagainya.. kalau bibik educated takkan dia jadi bibik aku kan.

Aku careless juga, entah2 kalau disenaraikan benda2 aku careless tu lebih panjang dari ciri-ciri kebengongan bibik aku (dalam kes ni la). Tak sebut, malu nak mengaku sendiri careless katanye. Sebab aku tuan rumah, iam the boss, aku bertanggungjawab menjaga rumah semasa suami tiada, jaga harta benda anak2 serta orang2 di dalamnya aka bibik... tapi dibolosi jua oleh si maling...sedey...insaf.

Disebabkan aku tengah bekerja menguruskan sesuatu yang terlalu sulit dan berat dan tidak boleh-tidak boleh-tidak boleh dilepaskan kepada orang lain, maka aku cuma bitau bos pasal kes ni pada jam 8pm, dan nak balik at 9 pm. So she let me go with kening berkerut sebab dia kata - eh u rilek selamba jek eh? (coz masa tu aku belum betul2 tahu apa yang hilang and yang pasti nobody were injured ke apa. Done is done, gone is gone)..

Aku dah calculate that kalau aku balik gak after what MIL told me, surela nak takes all the time urus gi balai, silap2 bibik aku pulak kena interrogate, nak check apa yg hilang lagik, perjalanan gi balik rumah pastu kena gi opis semula... nak drive malam2 astig mata ni tinggi bawak keta terkial2... ooooooh all lame damn and real excuses sume ada lah!

Buat report kat balai around 11 pm. Lagi beberapa jam complete 24 hr cycle. Polis2 di situ layan pengadu2 dengan sangat sopan, berhemah tapi maintain tegas ya bagus sangat aku suka begitu.

Kena muhasabah banyak perkara dengan hubby......anyway syukur sangat pencuri masuk dia terus dapat duit banyak lalu terus blah dari rumah. Kalau tak dapat apa2 cud be mereka membuat bising so mana tau aku kuar and mereka plan nak ugut mintak duit... huihhh.... maka Allah telah melindungi kami dari keganasan manusia2 pencuri lahanat yg sedang bergembira sebab berjaya dapat duit gaji aku tu kan..Mereka memang bersiapsedia ada intention nak ancam/cederakan tuan rumah sebab 2 bilah pisau tajam besar Felli aku hilang dari dapur..... Seram sebab around time aku berjaga tu, maknanya si pencuri sudah ada di belakang rumah tunggu bila la gamaknye aku nak tutup lampu dan tido.

Redha. insaf. syukur. Stop.

Inilah repot saya. (inilah ayat terakhir yang polis tu taip dalam repot aku)

Thursday, March 01, 2007

Saya sungguh bercita-cita tinggi untuk menghapdet dan menghuploadkan tentang hobi saya yg selalu MIA dan terbantut di tengah jalan, iaitu beading dan cross stitching. Ade 3-4 helai baju2 yg memang saya jahit bead sendiri, dan few cross stitch patterns yg dah siap tapi terperap dalam beg2 kraftangan. Saya ada bakat dan potensi terhadap aktiviti kraf ni, tapi khuatir terhadap diri sendiri yg selalu ala2 hangat2 "tOOt" ayam.. When hubby said, u ni suka buat2 kraf dan shopping baju lawa2 kat those boutiques, apa kata u buka butik? there's big potential in you y'know... WAHHH! Sangat kembang telinga yang mendengarnye bukan? Apatah lagi sanggup pula nak kuar modal if i really get interested. Alangkah enaknyer jika saya cukup kuat mental dan fizikal nak mengambil risiko... (sebab saya tergolong dalam golongan orang yang bukan risk taker)

Well who knows someday i might kan...

What frustrated me most is those yg conduct classes kebanyakan dok Lembah Klang... jauh tak jauh dari JB ni pon, becoz of time constraint selalu le terpaksa pujuk diri sendiri that someday saya akan mempunyai waktu luang untuk mengisi keinginan untuk belajar dari mereka2 yg expert.. entah2 kat JB ni pon ada, i don't look hard enough?