Monday, June 07, 2004

dia memang dejavu.
aku pun tak perasan pada mulanya. hanya setelah aku bercintan-cintun baru ler aku teringat benda nih. dan aku percaya. aku sememangnya percaya dan mahu percaya!
mimpi berlaku entah pada purnama bila, aku dah lupa. dalam tahun 1996, beberapa bulan sebelum ku dapat surat offer ke universiti. Yang jelas, dalam mimpi tu aku di kaki bukit. ayahku di puncak bukit. perlu naik ke puncak untuk mendapatkan ayahku.
ada dua jalan. kiri dan kanan. dua-dua curam. teragak-agak aku di bawah bukit. takut jatuh tergelincir. ayah terus melambai. tiba-tiba ada lelaki, berbaju biru gelap, seluar panjang hitam. mukanya tak jelas. rambut sedikit ikal. susuk tubuhnya aku ingat.
Dia memberiku semangat untuk terus berani mendaki, suruh aku ikut jalan sebelah kanan. akhirnya aku menghampiri ayah.
pemandangan di kaki bukit itu, ada rumah-rumah yang agak buruk, tak terurus, dan pokok2 yang agak rimbun.

di alam nyata, pokok2 dan rumah2 buruk itu, adalah penempatan berhampiran stesen komuter Kajang. memang sebijik sebentuk, itulah rupanya.memang ada bukit kat situ - bukit Mewah. masa naik komuter gi KL aku asyik tertanya2, kat mana aku pernah lihat semua ini?.. and i almost cried when i remembered.
dan lelaki itu, aku menyimpulkan sebagai lelaki yang menjadi suamiku kini. kenapa? rambut ikal, tinggi sama, susuk tubuh tidak berbeza.. malah baju itulah yang dia pakai masa kami dating. baju biru gelap, seluar hitam.hm..hoping that jodoh kami kekal hingga ke akhir hayat.