Wednesday, August 18, 2004

perrggghhh! lama banget aku tak update blog... mau taknyer dgn keja yg setambun tulang.. baru abis konvo ni maknanyer boleh la sikit bernafas...dlam lumpur ahahks!
smalam cuti, melepaskan keletihan setelah seminggu berhempas pulas menjayakan konvo pesta konvo, melayan kehendak VIP kerabat etc. ari ni pun rasa cam tak nak keja..tapi tunjuk muka jeklah, then petang ni mintak excuse dgn boss sebab babysitter aku ada kenduri.

esok birthday abang yang ke 3 tahun..hmmm...dah besar anakku sayang. disebabkan hubby akan outstation till weekend, maka ad hoc dia plan nak buat small besday party for him. ok so today aku balik awal nak beli barang2 for mlm ni, hubby gi round sebab nak belikan gelungsur utk anak dia tuh..lama dah janji,...mm mesti anak aku gumbira sakan nanti ek?? malam tadi tgh concerntrate menjahit langsir, abang meremgek soh aku baring kat dia, layan dia, ..haiii..kesian anak2 aku nih...dgn waktu yg sedikit ibubapa sekarang ni dgn anak2, sibuk dgn kerja pejabat, kerja rumah, layan suami, overtime.. membuatkan aku kadang2 nak menitis airmata sebab kalau boleh memang aku nak mentap muka diorang 24 jam. membelai, memberi kasih sayang, didikan sempurna... aku keraskan hati setiap kali terpaksa meninggalkan mereka untuk kerja, apatah lagi abis cuti bersalin kena lak outstation... atau bila mereka demam, aku diarah bertugas malam, outstation berhari-hari, bila aku kat rumah pulak kena bahagikan masa untuk mengurus rumah...aduhai sayang mama....
pernah juga nak menitis airmata bila berjauhan, terdengar rayuan mereka di corong telefon bertanya - bila mama nak balik... abang rindu mama..adik rindu mam...- ohhh... itulah pengorbanan yang terpaksa diharungi..walau pedihnya bak beribu duri menikam hati....

well...bulan ogos nih masih lagi bulan yang agak sibuk, belek2 planner nih, ade lagi 3 evnt dlm bulan ni...aiyohh...anyone interested to take over my place???

hari anugerah pekerja cemerlang bakal tiba. i know i'm not listed. somebody was listed. terasa juga di hati ini,... aku pun kerja kuat spt orang lain apa... masa aku sedang bertugas aritu, my second big boss tarik aku ke tepi.. dia kata, saya ada cadangkan nama you untuk hari kualiti... tapi ... ayat dia terhenti setakat tu...
so aku reply - kenapa? prestasi saya tak konsisten ker?
dia kata - bukan prestasi you tak konsisten...takde rezeki tahun ni, mungkin tahun akan datang kottt...
mendengarkan jawapan dia tu, aku pun senyum sinis sambil berlalu dgn selambanya...dalam hati Tuhan je yang tahu...
kalau dah kau tahu aku tak tercalon, buat apa datang bitau aku benda yang dah tentu merosakkan emosi dan mood aku?...menyampah.... tak payah bagitau pun tak per lah!

sometimes perit gak telinga, kerja kuat2, pastu orang tanya - eh kau tak naik pentas (terima hadiah cemerlang)?... hubby aku pun pernah sound cam ni - awak kerja berhempas pulas, tak dapat naik pentas pun?
kalau kena cam tu, aku senyum selamba jek..kerna kuanggapkan mereka tu bersimpati denganku.