Friday, August 06, 2004

semalam telah berlalu dengan segala macam cerita. 2 hari berhempas pulas menjayakan majlis rasmi dan cuba memuaskan hati setiap orang. menteri pun dah selamat balik petang semalam, dan aku kira all my big boss berpuashati dengan perjalanan majlis. itu yang penting. memang ada cakap2 sumbang bila jumpa orang itu dan orang ini. ada gak VIP yang komplen tapi dia sorang jeklah yang komplen. yang lain okeh jek. mudah2mudahan kot esok lusa hubby jadi VIP jangan ler berperangai buruk mcm VIP yg sorang nih, merosakkan majlis oghang jek!
Lepas menteri balik, perghhh barulah terasa sendi2 aku cam nak terchabut. lepak betul and nyaris juga aku tertidor kat meja ofis. baca blog kawan-kawan yang membuatkan mata aku masih terdaya untuk berjaga, blog Sumie, leez, NZ, fidzan, arathorn, y@home, mat jan dll. arghh ngantuk ...bawak keta pun tak berapa konsentrate nasib baik ler kat highway keta tak banyak.
Bila balik umah, hubby dah sampai dia pun tido lepak. hubby lagi terok, dia citer dia nyaris langgar lamp post sebab tertidor masa drive... ya Rabbi laki aku nih boleh tahan tak senonohsss.
this morning keletihan masih lagi terasa, so aku call opis masuk lambat kul 9.30 am...
petang ni lepas sembahyang jumaat nak gi kota tinggi, ayah kawan opis aku meniggal dunia... innalillah... on the mean time, nak nyambung tido...ohhh lazatnyer nimat tido yang Allah beri...hermmmm..zzzZZZZZzzzzz