Friday, January 27, 2006

takkan kutahu apa yang berada di fikiran mu dulu, kini dan selepas ini
watakmu yang ceria mengundang tawa
walau ada kalanya agak sinis, namun ku tak pernah benci
tika itu, bedanya kau dan aku
manusia kota yang pintar, bergaya, remaja yang lengkap materialnya
tak terbanding aku yang hamis, curiga, datang dari lubuk berlumpur.
jakun dan kaget pada segala disekelilingku!

kreatif dan apa-apa saja
ingat lagi betapa cemburu melihat jemarimu
menarikan krayon dan pensil-pensil berwarna
nah, cantiknya wajah scrap book itu
dengan tampalan Martika - Toy Soldier
atau mungkin Tommy Page - A Shoulder To Cry On?
treble klef dan nota lagu
carikan-carikan huruf dan corak pelbagai
hitam, merah, kuning, ungu
hebat dan berbakat
dan kami menghujani dengan pujian....

takkan kutahu apa yang berada di fikiran mu dulu, kini dan selepas ini
mari kesemua kita selami diri, hidup yang fana hasilnya apa?
buang rasa curiga
maruah yang tercalar, takkan selamanya menyembah bumi
untuk berapa lama lagi kau harus begitu?

krayon dan pensil-pensil berwarna
sentiasa di jemarimu
serikan hidupmu dengan kata-kata wangi
dan senyum remajamu yang manis
bukan sekadar doa di kejauhan
hadapilah kata-kata nista
kerana mereka sebenarnya tidak tahu udara apa yang kau hirup...

benarkah kata-kata nista mereka?
atau kau sebenarnya hanya terleka sebentar
lantas ragu dan wasangka untuk kembali ke tempat kau bermula?


takkan kutahu apa yang berada di fikiran mu dulu, kini dan selepas ini....


Selamat Tahun Baru 1427.
Dari aku.
Salam penuh kasih sayang dari kejauhan.