Friday, September 10, 2004

bagaimana pengurusan kewangan seseorang yang gajinya rendah? seperti pembantu am rendah, kerani operasi, atau pun mana2 pekerja yang gajinya di bawah Rm satu ribu? tambahan pula kalau suami shj yang bekerja. isteri surirumah, ada anak 2 orang? samada kecil atau bersekolah?

Nak bayar bil api air, beli susu dan pampers adalah keutamaan, yuran, tambang, duit bekal ke sekolah? nak baju baru, duit jajan, minyak motor/kereta, sewa rumah? duit ansuran rumah? Nak bagi mak bapa kat kampung, bil2 perubatan, bantu adik2 sekolah, duit orang jaga anak... aduhaaiii.... apakah pilihan yang mereka ada? adakah mereka ikat perut? berpuasa? berhutang? adakah mereka berjimat cermat? i'm really wondering.

Aku taklah susah, masih lagi mampu menguruskan kewangan dengan baik, cut cost di sana sini walaupun sering boros tak bertempat. Hubby memang tak marah, kalau aku mintak duit dia still beri without asking much. We don't have a lot of money. hutang kereta and kad kredit ada juga. So far anak2 aku cukup makan pakai, aku memang bersyukur kerana hubby mewah rezekinya... dan aku pun ada pendapatan sendiri.

Cuma pertanyaan2 tadi masih lagi menjadi tanda tanya di otak aku... simpati? ingin bantu? ingin tahu? how'd they survive? macamana mereka explain pada anak2 mereka jika kids mintak mainan mahal atau nak pergi ikut rombongan sekolah tapi parents tak ada duit nak beri?
Adakah mereka berjimat cermat, menghias rumah dgn cara kos paling minimum? Apa lauk yang mereka masak setiap hari? makan sedap2 ke?...

i really wonders..