Thursday, September 09, 2004

yesterday menaip macam2 cerita kat blog, pastu error bila aku nak post.. sudahnye takdak apa yg kuar.

berita baik - aku lulus exam servis. now boleh proses utk pengesahan jawatan..., boleh fikir utk opt skim pencen or KWSP, and if i opt for the skim pencen, maka bolehlah berangan2 utk kuarkan KWSP aku yg seciput itu untuk joli tak berapa joli.

berita tak baik utk aku - rakan aku yg lembab itu dilanjutkan perkhidmatannya di jabatan aku ni utk tempoh sebulan lagi. buat sakit hati jek. boss kata akan ambik pegawai baru sementara dia abis tempoh sebulan but now no progress. Dari bulan lepas kata akan ditukarkan terus... tapi rupanya berbelit juga lidah manusia ni...

kadang2 bila difikir aku ni busuk hati pulak.. aku boleh tutup mata sebab yg tak buat keja tu dia, lantak ler boss jerit kat dia and yg busuk pun nama/prestasi dia kan,.. tapi aku cukup benci kerana dia lelaki, sepatutnya proaktif, masih muda belia, otak pun boleh pakai, kalau orang lain boleh komited dgn kerja, atau sekurang-kurangnya menunjukkan kesungguhan utk buat arahan bos, kenapa dia tak boleh? asyik nak spoon feeding jek..nampak benor pemalas... kena lak satu department dgn aku nih, jadi sebab dia sorang, pegawai2 department lain memandang rendah kredibiliti opis aku...dah le di sinilah letaknye pejabat big boss...

telinga aku pun pedih gak bila diperli oleh kawan2 dlm meeting. and then paling aku tak tahan mentang2 orang tau dia tak buat keja, tugasan banyak diletakkan kat bahu aku... atau pun semua mintak aku pass kan kat dia... pigi dah..mana bley jadi maaa... sama-sama makan gaji, sama-sama gaji kecik aper.
okie, enuff mengutuk orang... skang nak plan gi indonesia,... early februari kot... lawatan korporat plus makan angin..heheh nampaknyer insyaallah tercapai hajat nak gi indon. hubby pun suka nak ikut. so azam jangka pendek aku ialah berjimat cermat mulai sekarang,.... i shall make a list how to cut cost on unnecessary expenses...