Tuesday, May 24, 2005

MAWI

lepas tengok konsert prelude at Astro ria last saturday, me kinda lost sebab dia tak masuk AF. maka berbondong-bondonglah orang chat / mail / blog di sana sini pasal mawi tak masuk AF.

the voice amazed me, yelah sebab kalau part makhraj (sebutan huruf tatacara tajwid / baca Quran) dia memang 100 persen. background dia bagus, kalau orang tua yang ada anak gadis, maka pemuda cam mawi lah menduduki carta teratas terhangat di pasaran diharapkan jadi menantu! johan qari beberapa kali gitulah antara yang disebutkan oleh aznil.

lepas konsert tu habis, mata aku still tengok skrin TV, kali ni bukak @15 pulak, mak oi rupanya bukan aku sorang jek geram dia tak masuk, chatters kat blue karpet tu ya rabbi sampai kul 2.00 pagi citer pasal mawi (citer contestant lain ada gak tapi tapi sket jek).

aku harapkan mawi masuk AF so boleh le tengok camana pihak Astro tu buat AF kali ni. adakah diorang pukul rata jek gerak tari (pegang sana-sini laki pompuan) sedangkan mawi (nampak gaya / personaliti) alim, dan adakah kehadiran mawi tu akan membawa angin perubahan dalam AF, jenis lagu yg dipilih ke, ada slot sembahyang jemaah ke, etika sosial dari kacamata islam ke ceramah agama untuk santapan rohani ke dan macam2 lagilah yg orang lain lebih nampak / expert dari aku ni.

mawi boleh dijadikan idola untuk remaja muslim dan mungkin juga non-muslim, boleh dibentuk menjadi artis yang berpersonaliti tinggi (towering personaliti). kita tak banyak artis seperti ini. kehadirannya boleh mengubat kehausan dan dahaga anak-anak muda yang inginkan dakwah disalurkan bukan sahaja dengan menghadiri ceramah, kursus-kursus agama dan bingkisan rohani di radio. memanglah banyak kumpulan-kumpulan nasyid yang mengungguli persada seni tanahair tapi aku rasa dengan penonjolan mawi melalui AF, platform AF yang amat sangat popular sampai orang demam, dapat membuka mata peminat-peminat AF atau bakal2 peminat AF (dan bakal peminat mawi kalau dia jadi artis and ada album) kepada hiburan bermesej dakwah...

begitulah pandangan mataku dan hatiku terhadap penyingkiran mawi dari masuk AF.
begitupun ada pro and cons dia tak dapat masuk. bab tu orang lain dah tulis kat blog dia. tak yah le aku ulas plak kan.

watever it is, aku akan tetap tengok AF.kalau tak penat jek bayar astro tetiap bulann....