Wednesday, May 18, 2005

flashback ceramah agama program Semurni kasih 17 mei 05 Jabatan Agama Johor.


menurut hadis (terlupa riwayat mana) yang sempat dikongsikan oleh oleh alfadhil ustaz wan sohor bani Leman tika ceramah ringkas di kompleks islam johor tempohari, kaum nabi Lut yang ingkar perintah Allah dan membuat hubungan seks sesama jenis, telah dilaknat oleh Allah, lalu Allah memerintahkan Jibril turun ke bumi dan menurunkan malapetaka sebgai balasan kepada manusia yang jahil ini.

diriwayatkan jibril telah mengangkat negeri tempat tinggal kaum nabi Lut ini, jibril yang dikatakan mempunyai 600 sayap, setiap satu sayap apabila dibuka seluas timur ke barat, lalu diangkat oleh jibril negeri itu dengan HUJUNG kukunya, diangkat ke langit sehinggakan penghuni langit dapat mendengar dengusan bunyi unta kaum Nabi Lut, dan kaum Nabi lut dapat mendengar penghuni langit berzikir memuji Allah, begitulah gambaran amat tinggi Jibril menjulang bumi kaum Nabi Lut berada, lalu diterbalikkan kesemuanya, terbenam ke perut bumi.
Itulah balasan keingkaran dan kemungkaran kaum Nabi Lut. Masya Allah.
Beruntunglah umat Nabi Muhammad, di atas limpah rahmat kebesaranNya, dikatakan oleh ustaz wan Sohor, menurut kajian dan perkiraan ke atas hadis-hadis serta rujukan kitab-kitab agama imam-imam masyhur, 4 billion 9 ratus juta umat islam umat Nabi Muhammad SAW akan masuk syurga tanpa dihisab. alangkah ruginya kaum Nabi Lut yang telah dilaknat Allah, dan alangkah bertuah umat Muhammad,..

lalu apakah aku akan terus hidup begini? bergelumang dosa-dosa lalu, amal ibadah yang entahkan cukup jadi bekalan di hari pembalasan kelak?

mengapa aku masih gentar untuk mengingatkan muslimin muslimat yang lain, sedang mereka tersesat (seperti Kaum Nabi Lut)?,

adakah layak aku untuk menegur mereka? sedangkan kurang ilmu di dada?

berpesan-pesanlah, walaupun perkara benar itu pahit. mereka akan marah, kubur lain-lain katanya.

ya itu benar, tapi ingatlah, ibu bapa yang hampir melangkah masuk ke syurga, boleh diperintahkan Allah dihumban ke neraka kerana di saat kaki melangkah pintu syurga, suara anaknya sendiri merintih kepada Allah SWT, anaknya masuk neraka kerana ibu bapanya tidak mendidiknya dengan sempurna, lalu masuklah kedua ibu bapa tadi ke neraka, dan anaknya ke dalam syurga.

begitu sekali kehendak dan takdir Allah. lalu apakah nanti ibu bapaku yang masuk ke syurga terpaksa dihumban ke neraka kerana tindak tandukku yang menyeksa mereka?