Wednesday, June 14, 2006

semalam MIL teman gi rumah mak bidan kat kg seblah. tanya kalau2 dia sanggup nak mengurut aku dalam pantang oktober nanti. almaklumlah bersalin time bulan posa, kena tanya dulu orangtua tu larat ke tak nak mengurut. alhamdulillah dia kata okey. kalau tak tpakselah aku cari tukang urut lain.

urusan pasal nak ambik maid dah bermula.. ehehe macam journey nak cari apa je aku nih. wak siti akan balik kg di indon pada jumaat ini carikan orang yg nak jadi maid aku. maybe start keja julai or early august. macamna le nak adjust ada maid ni ek? terpaksa. lost some privacy. kesian juga pada akim dan maisarah nanti, sebab dah bertahun dijaga oleh neneknya yang memang sayang gila kat cucu2nya. akim dah 5 tahun dan bersekolah, and he adjust well to situations. maisarah ni agak degil sikit, she won't give in easily. but i hope dengan adanya baby baru boleh jadi teman dia kat rumah so dia tak boring sangat dengan persekitaran. somebody to keep herself busy.

me? i have to adjust a hell lot of thing......