Wednesday, June 21, 2006

cerewis kata orang Jawa!

hari ini baru naik keja. MC pada mon and tuesday. jarang skali dapat sampai 2 hari.
Bleeding. gelabah juga tengok darah bertompok2 atas katil, and yet i didn't feel any pain masa tu. later baru rasa abdominal pain.

Doktor kata kedudukan plasenta berada di bawah, sensitif sikit. soh rest and if bleeding lagi kena gi hospital. Aiyooohhh, malas sunggoh bila mikirkan kena masuk kuar wad. Alhamdulillah so far ok.

masa kim dan laila tak pernah cam gini. tu yang menambahkan rasa gelabah di hati aku ini. MIL lak soh gi bidan. setakat ini masih lagi bertahan. Hubby kata dengan pelbagai karenah ni, dan dia tengok aku cenderung buat keja2 kewanitaan - tanam bunga, cross stitch, masak, kemas rumah, manja lebih, kerap shopping baju untuk laila, and bla bla bla, macam nak dapat baby girl je..... ohhh bestnyer! lelaki ke pompuan, semoga segalanya selamat......

satu lagi hasrat yang belum tertunai... nak buat gambar potret laila black and white kat studio.... aku memang adore giler kat laila nih. at times abang dia pun komplen sebab maybe aku over layan adik dia. Dia tak ingat bila aku naik angin pun over jugak hahaha!

dalam pada MC semalam tu pun, masih juga sempat ikut hubby ke Kota Tinggi. Dia gi branch kat sana dan aku shopping (lagi) baju anak2. akim sepasang, laila EMPAT pasang! haii...mana tak over ek!

kegilaan yang terbaru - makan kuaci.. musim World Cup lah katakan. Actually bukan aku tengok pon, teman hubby waktu dinihari tu. aku kemas rumah, dia tengok game sambil makan kuaci. Nak tunggu malam ni - Argentina vs Holland kan? Anak buah kat opis pun impressed le konon2 bila aku cakap game yg kul 3 pagi ni kan... walhal tu jek yang aku tahu hahahaha!