Monday, February 27, 2006

pregnancy kali ini berbeza dari pengalaman lalu. masa kim dan laila aku sihat dan cergas sepanjang 9 bulan. ke sana ke mari kerja macam biasa. sekali dua muntah di pagi hari tapi cepat recover, seolah-olah muntah tu hanya batuk je.

this time semacam. rumah macam dilanda ribut. malas tahap maksimum. dan aku tidak sihat berhari-hari morning sickness yang tak pernah aku alami. sickness sampai petang, adakala malam nak tidor pun macam gitu jugak. perut kembung macam budak2. i hate lipstick. pakkal je nak gi keja / present depan audien / keluar dgn hubby or berdepan dgn khalayak umum kena la jaga penampilan. even hubby pun tak terlepas kali ini. dia seolah rasa apa yang aku rasa. aku nakkan perhatian dia sekarang. eh, dia pun nak jugak dimanja2kan. tak pernah dia macam tu. nak dibelai lebih2. dimanja macam budak. berkepit ke hulu ke hilir....nak pulak hantar aku gi ceramah, jadi supir menguruskan pelbagai urusan luar waktu kerja aku.... terharu tau...yela jarang diperlakukan begitu sebab selalunya independent.

moga aku akan kuat menghadapi segalanya....