Friday, July 09, 2004

aku memang jenis boros. itulah kelemahan aku yang belum dapat aku kikis dengan jayanya. Duit gaji bersih aku, setelah ditolak segala piutang dan kewajipan untuk emak, every months confirm habis licin. nasib baik aku memang buat potongan tetap kat ASB + LUTH. And simpan for education adik aku + insuran aku @Takaful nasional. Other than that, kalau dapat duit extra from hubby etc, mesti kepala otak aku akan ligat mikirkan apakah yang patut aku beli, nak itu le, ini ler...haaiii.. macamana le duit nak bertambah.. tapi few months back nih aku berjaya untuk tidak mengeluarkan ASB aku, yang aku intent khas untuk duit insuran kereta bila tiba disember.
bulan ni jek, aku dah 2-3 kali ke nursery, beli plant aku tak seharusnya beli. tiga pat puluh ringgit sure dah terbang. dulu gila sangat beli orkid, memang dasat pokok orkid aku till jiran pun cemburu dengan kegebuan pokok + bunganya heheh... siap lawan pokok bunga dgn mak mentua aku. la ni bila pindah umah baru, environment lapang and panas plus laki aku malas buat pondok orkid, sudahnya aku hangin aritu aku bakar segala orkid yang dah nak mampos hidup segan mati tak mati2 tuh.

skang aku bela pokok bunga kertas. senang jaga, tahan panas.. tapi gatal tangan gak aritu beli ros dua pokok. hoping that ia boleh bertahan.
again, i have to look back apa yang dalam tempoh 6 bulan dah aku beli barang2 tak perlu, kurang berjimat, ikut nafsu, bazir duit...